Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diminta tidak terpengaru­h laungan ‘Sabah For Sabahan’

-

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Rushimah Zakaria meminta semua pihak supaya tidak mudah terpengaru­h dengandaky­ahpartipem­bangkang dalam menuntut ‘Sabah for Sabahan’.

Menurut beliau, slogan seperti itu bukan sahaja boleh memecahbel­ah perpaduan yang sedia ada tetapi juga merupakan satu langkah ke belakang.

“Jangan sesekali kita terikut-ikut dengan laungan pembangkan­g, Sabah for Sabahan. Kita telah lama hidup dalam sebuah negara besar.

“Kita perlu pandang masa depan yang jauh lebih mencabar di hadapan, kita perlu jalinkan hubungan dan kerjasama lebih erat dengan kepimpinan Pusat dan kepimpinan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno dan Umno Bahagian Kota Kinabalu kali ke-14 di Dewan Perdana Maktab Sabah di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Naib Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Nuirya Muammil.

Majlis perasmian disempurna­kan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia. Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Datuk Faisyal Hamdain Diego, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Seruji Nawawi, Naib Ketua Bahagian Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, wakil Badan Perhubunga­n Wanita Umno Sabah Juriah Palasin yang juga Penolong Setiausaha Wanita Umno Sabah, Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa serta wakil Perhubunga­n Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Sabah.

Seramai 253 perwakilan Wanita Umno Bahagian Kota Kinabalu menghadiri mesyuarat perwakilan daripada 66 cawangan Wanita Umno Sabah itu.

Rushimah berkata, semua pihak perlu sedar bahawa tanpa hubungan baik dan perpaduan yang sedia terjalin selama ini, amat sukar bagi Sabah untuk maju dan membangun seperti yang dinikmati hari ini.

Beliau berkata, slogan parti pembangkan­g tidak lain sekadar mahu menanam kebencian kepada kepimpinan kerajaan Pusat sematamata mahu merampas kuasa pada pilihan raya akan datang sedangkan mereka langsung tidak memikirkan mengenai kebajikan rakyat.

Beliau dalam pada itu menyeru seluruh ahli Umno supaya terus mengukuhka­n perpaduan antara satu sama lain.

“Jika kita mahukan kemenangan, marilah kita kekal dan mantapkan lagi kesatuan dan muafakat yang ada, kerana dengan prinsip bersatu inilah Umno mampu menjadi satu-satunya institusi yang telah membuahkan begitu banyak kebaikan kepada agama dan bangsa.

“Marilah kita mempertaha­nkan kepentinga­n Umno mengatasi kepentinga­n lain. Umno kini telah menjadi parti yang memikul amanah bangsa dan amanah agama yang sangat besar,” katanya.

Rushimah turut meminta supaya semua pihak berlapang dada menerima pilihan calon pada pilihan raya akan datang demi kebaikan bersama.

“Terimalah pilihan calon yang bertanding kerana yang penting ialah kemenangan parti. Kita sokong siapa sahaja yang terpilih kelak. Ingatlah bahawa tiada siapa lebih utama dalam kalangan kita kerana yang menjadi keutamaan ialah Umno kerana Umno adalah perjuangan untuk menjaga kepentinga­n semua,” katanya.

Beliau meminta supaya tidak ada ahli yang menjadi pengkhiana­t kepada parti sendiri kerana jika tewas, bukan sahaja calon yang kecundang tetapi hakikatnya semua yang ada dalam parti juga kecundang.

Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu terus komited memberikan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, Rushimah berharap seluruh jentera parti agar terus bekerja mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan mendengar segala pandangan mereka dengan sabar dan tekun.

“Jangan hanya apabila tiba pilihan raya baru mereka didekati, rapati dan temui. Kita harus mendengar suara rakyat dengan sabar. Kerana, jika kita mendengar, kita akan memahami aspirasi rakyat dengan lebih mendalam. Dan kita jangan lupa, kita memerintah pada zaman, yang bukan lagi zaman kita.

“Zaman ini adalah zaman generasi pelapis. Justeru, bila kita mendengar, dan mengambil iktibar daripada apa yang kita dengar, sekurangku­rangnya kita dapat bersama mereka sekaligus mencorakka­n perjalanan masa depan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia