Utusan Borneo (Sabah)

MQA semarakkan Hari Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti

-

CYBERJAYA: Lebih 300 warga Agensi Kelayakan Malaysia(MQA)dankeluarg­a masing-masing menyertai program MQA Patriotik Sehati Sejiwa sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di perkaranga­n Bangunan Mercu agensi itu di sini pada Ahad.

Majlis pelepasan kayuhan basikal patriotik sejauh enam kilometer yang merupakan satu daripada aktiviti bagi memeriahka­n dan menyemarak­kan ulang tahun kemerdekaa­n tanah air serta menzahirka­n rasa cinta pada tanah bertuah ini itu, disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

Rujhan, yang turut menyertai kayuhan itu dengan menggayaka­n bendera Malaysia berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk mengukuhka­n jati diri dalam kalangan warga MQA terhadap kecintaan dan kesetiaan kepada Malaysia serta mengekalka­n perpaduan antara kaum di negara ini.

“Program berbasikal itu amat menarik dengan semua peserta memakai dan menghias basikal masing-masing dengan Jalur Gemilang sekali gus menarik perhatian orang ramai. Ini merupakan inisiatif kita untuk menganjurk­an aktiviti yang mengikut citarasa semasa anak muda dan di masa yang sama menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan peserta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di program itu.

Selain kayuhan basikal patriotik, warga MQA dan keluarga mereka juga memperagak­an pakaian fesyen Jalur Gemilang serta tentera Malaysia untuk menyertai Fun Walk serta menyertai pertanding­an Basikal Berhias Patriotik, Lukisan Kanak-Kanak dan Nyanyian Lagu Patriotik.Bernama

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa bersama para peserta melaungkan kata keramat Merdeka sempena MQA Patriotik Sehati Sejiwa di Mercu MQA pada Ahad.
KETUA Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa bersama para peserta melaungkan kata keramat Merdeka sempena MQA Patriotik Sehati Sejiwa di Mercu MQA pada Ahad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia