Utusan Borneo (Sabah)

Perangi akaun palsu

KKMM jalin kerjasama dengan platform antarabang­sa

-

LUMUT: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia bertindak proaktif menjalinka­n kerjasama dengan platform antarabang­sa bagi memerangi penyebaran maklumat palsu dan telah menutup hampir 2,000 akaun palsu yang dikenal pasti di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan itu dilakukan dengan kerjasama platform media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

“Tetapi soal akaun palsu akan berterusan kerana akaun palsu ini dihoskan di luar negara. Jadi, kita harus bekerjasam­a dengan mereka dan kita mempunyai kerjasamay­angbaik,”katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Lumut, di sini pada Ahad.

Menurut Salleh yang juga Bendahari Umno, penyebaran berita palsu dan juga serangan ke atas individu-individu tertentu yang dilakukan melalui media sosial harus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

“Kalau mereka marah pemimpin, mereka buka akaun FB (Facebook) palsu dengan pakai nama samaran, lepas itu kritik mana-mana pemimpin yang mereka tidak minat, lepas itu padam akaun tersebut.

“Sebab itu hampir 2,000 akaun palsu telah kita kenal pasti dan kita padam,” katanya.-Bernama

Tetapi soal akaun palsu akan berterusan kerana akaun palsu ini dihoskan di luar negara. Jadi, kita harus bekerjasam­a dengan mereka dan kita mempunyai kerjasama yang baik DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK MenteriKom­unikasi dan Multimedia Malaysia

 ??  ?? MENTERI Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang juga Bendahari Agung Umno Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (dua, kiri) memalu gong merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut pada Ahad.
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang juga Bendahari Agung Umno Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (dua, kiri) memalu gong merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia