Utusan Borneo (Sabah)

Perkembang­an media sosial beri kesan kepada warisan budaya

-

PORT DICKSON: Perkembang­an media sosial memberi kesan kurang elok kepada warisan budaya di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata masyarakat kini lebih terarah untuk berkomunik­asi dalam talian berbanding secara bersemuka.

“Perkembang­an teknologi memiliki implikasi dua cabang dalam perkembang­an sesebuah negara dan ketamaduna­n manusia… Boleh jadi positif dan sebaliknya. Ia juga memberi ruang untuk kita lebih terdedah dengan budaya asing secara meluas.

“Cara baharu berkomunik­asi ini boleh menyebabka­n penurunan tahap keyakinan seseorang individu untuk menyuaraka­n pandangan di khalayak umum lantas mampu meruntuh secara perlahan budaya berpidatod­ihatimasya­rakat,” katanya ketika berucap pada perasmian Pertanding­an Akhir Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 di sini, pada Ahad.

Turut hadir Ketua PengarahJa­batanPener­angan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Pengetua Politeknik Port Dickson Roslee Yahya.

Mengulas lanjut, Jailani berkata dalam era globalisas­i, telah mewujudkan dunia Internet tanpa sempadan.

“Disebalikk­ehebatandu­nia Internet tanpa sempadan ini, kita berdepan dengan cabaran media sosial yang menjadi platform utama dan paling mudah dalam mempengaru­hi pemikiran rakyat.

“Banyak contoh dapat kita lihat yang mana rakyat lebih mudah mempercaya­i maklumat yang dipaparkan dalam media sosial tanpa menyelidik kesahihan maklumat tersebut terlebih dahulu...contohnya berlaku di negara timur tengah,” katanya.

Pada majlis itu, Jailani turut menyampaik­an hadiah kepada mahasiswi Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Tay Yih Yih, 23, yang dinobatkan sebagai juara pertanding­an pidato itu.

Tay yang berasal dari Melaka dan merupakan individu tunggal bukan Melayu pada pertanding­an akhir pidato itu mengalahka­n empat pencabarny­a.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pidato Negaraku yang bermula sejak Mac lepas disertai seramai 556 peserta yang bersaing di peringkat daerah dan negeri manakala juara setiap negeri kemudianny­a akan bertanding di peringkat separuh akhir.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia