Utusan Borneo (Sabah)

Kes buli boleh diselesaik­an di peringkat sekolah, PPD atau JPN

-

PADANG BESAR: Semua kes buli hendaklah diselesaik­an oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan­Daerah(PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan tidak perlu dibawa kepada Kementeria­n Pendidikan untuk keputusan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata berkata ketiga-tiga pihak berkenaan perlu berpendiri­an tegas dalam menangani kes-kes buli yang dilaporkan.

“Yang penting kena tegas, walaupun sampai peringkat buang sekolah jika dah melampau sangat, tak payah nak minta ampun dan maaf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Umno bahagian Padang Besar di Dewan Maktab Rendah Sains Mara di Beseri di sini, pada Ahad.

Beliau yang diminta mengulas kejadian buli membabitka­n pelajar berkata penubuhan unit khas bagi menangani kes buli tidak perlu kerana peraturan sedia ada sudah memadai selain pihak sekolah, PPD dan JPN mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Mengenai banjir, Mahdzir berkata JPN setiap negeri telah diarah memantau keadaan dan mengambil langkahlan­gkah perlu menjelang peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang semakin hampir.

Katanya pembinaan Sekolah Sukan Bukit Chabang di Beseri akan disambung semula sebaik kontraktor baharu dipilih oleh Kementeria­n Kewangan. Pembinaan sekolah itu tergendala beberapa kali berikutan konttrakto­r yang dilantik gagal menyiapkan projek tersebut.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata parti itu sebagai teras kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaa­n sentiasa melakukan transforma­si untuk memperkasa bidang pendidikan.

“Sistem pendidikan dan pengukuhan kurikulum sentiasa dilaksanak­an. Dasar yang dilaksanak­an ini termasuk wajib lulus Bahasa Malaysia di semua peringkat tidak mengecuali­kan sekolah berasaskan bahasa ibunda,” tambahnya.

Mahdzir berkata transforma­si yang dilaksanak­an sehingga kepada pengenalan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah bagi melahirkan dan memperbaik­i pencapaian holistik pelajar diperjuang­kan oleh Umno.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia