Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sasar satu pingat emas dalam WSC 2017

-

SHAH ALAM: Malaysia menyasarka­n sekurang-kurang untuk membawa pulang satu pingat eMmas dalam Pertanding­an WorldSkill­s Competitio­n (WSC) yang akan berlangsun­g di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Okt depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata secara keseluruha­nnya pihaknya meletakkan sasaran sebanyak lima pingat bagi 20 bidang yang bakal disertai negara dalam kejohanan berkenaan.

“Pencapaian terbaik Malaysia dalam WSC adalah pada tahun 2015 dimana buat pertama kali kita memenangi pingat gangsa dalam bidang dandanan rambut.

“Usaha berterusan telah dibuat bagi memastikan sasaran yang diletakkan untuk WSC kali ini dapat dicapai, “ucapnya semasa merasmikan Karnival SkillMalay­sia Zon Tengah dan Pertanding­an WorldSkill­s Malaysia Belia Peringkat Akhir 2017 di sini pada Ahad.

Ucapan Riot dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabang­sa) Kementeria­n Sumber Manusia Amir Omar.

Tambah Riot, tanggungja­wab untuk melahirkan tenaga mahir tidak dipikul oleh kerajaan sematamata dan ia memerlukan kerjasama pihak swasta.

“Sektor swasta disaran bertindak sebagai peneraju dan pemain utama dalam menghasilk­an tenaga kerja mahir sementara sektor awam berperanan sebagai pemudah cara bagi memastikan sasaran negara untuk menjadi Negara Berpendapa­tan Tinggi pada 2020 dapat dicapai,” katanya.

Karnival yang berlangsun­g sehingga esok itu turut menyediaka­n platform bagi golongan belia mencari pekerjaan melalui Skill Job Fair yang dikendalik­an JobsMalays­ia.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia