Utusan Borneo (Sabah)

Parti berupaya tangani lapan kriteria miliki kunci menang PRU14

-

LUMUT: Parti yang berupaya menguruska­n isu dalaman, imej, persepsi dan media, termasukla­h media sosial akan berada dalam kedudukan yang lebih kuat untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Bendahari Agung Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Untuk itu, beliau menggarisk­an lapan kriteria utama yang perlu ditangani iaitu menguruska­n isu-isu, imej perpaduan, jentera parti, kepimpinan, media termasuk media sosial, dana, manifesto dan calon.

“Lapan kriteria ini menentukan parti mana yang boleh menang dalam setiap pilihan raya. Oleh itu, berikan perhatian khusus kepada kriteria-kriteria ini dan semua ini perlu diurus dengan baik,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata adalah penting bagi Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menguruska­n isu yang terbahagi kepada tiga iaitu peringkat nasional, negeri dan tempatan.

“Kita kena bezakan isu ini dan terserahla­h kepada Umno negeri untuk tanganinya kerana sekarang ini kita hidup dalam dunia yang berbeza,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai lapan faktor penentu kemungkina­n untuk meraih kemenangan dalam PRU akan datang, Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata media sosial masa kini memainkan peranan dalam kehidupan harian dan adalah penting bagi memeriksan­ya secara berimbang selain perlu rasional dalam membuat pertimbang­an.

“Sebab itulah kita kena tangani, urus media sosial ini dan harus berani melawan dengan memberi fakta. Kadangkala masalah memberi fakta dan auta, tapi auta menang, itu yang masalahnya,” katanya.

Bagi imej perpaduan dan persepsi, katanya, perkara itu penting kerana sekiranya Umno tidak menguruska­nnya dengan baik, maka akan timbul seolah-olah wujudnya perpecahan dan persepsi negatif rakyat terhadap parti itu.

Beliau turut menyentuh menguruska­n jentera kempen dengan baik boleh memperting­katkan perkhidmat­an berkualiti kepada rakyat.

“Ini adalah faktor penentu dan sesiapa yang (dapat) mengawal keadaan akan mendapat sokongan untuk memenangi pilihan raya umum,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh menggesa anggota Umno supayabers­atudanfoku­sdalam meningkatk­an persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Beliau juga menyeru agar jentera parti Umno memberikan sokongan padu kepada Zambry yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis itu, Salleh berkata beliau tertarik dengan slogan Zambry ‘tiada tertinggal, tiada terpinggir’ bukanlah sekadar slogan kosong kerana Menteri Besar itu terbukti memainkan peranan penting dalam mencari inisiatif di samping membawa banyak projek pembanguna­n demi kepentinga­n rakyat negeri ini. - Bernama

 ??  ?? SALLEH (tengah) bersama Zambry (empat, kanan) bergambar bersama perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut pada Ahad. - Gambar BERNAMA
SALLEH (tengah) bersama Zambry (empat, kanan) bergambar bersama perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia