Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno perlu ada empat ciri jika mahu menang PRU14

-

PADANG BESAR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid menggarisk­an empat ciri yang perlu ada pada penyokong dan anggota Umno untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Katanya ciri-ciri tersebut ialah kesepakata­n, kepercayaa­n penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kepercayaa­n kepada pimpinan bahagian dan tidak kecewa di tengah jalan dengan meninggalk­an ‘peperangan’ yang belum tamat.

“Sekiranya semua penyokong dan anggota Umno berpegang kepada ciri-ciri ini, saya yakin kita tidak akan kecewa apabila menghadapi pembangkan­g pada PRU-14 kelak,” katanya semasa berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Padang Besar di Maktab Rendah Sains Mara Beseri, di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Mahdzir turut mendedahka­n PAS kini bekerjasam­a dengan Umno selepas menyedari niat DAP yang mahu memecahbel­ahkan orang Melayu.

Strategi DAP menerusi Lim Kit Siang ialah memecahbel­ahkan undi Melayu dan mengapi-apikan orang Cina dan India agar membenci Umno, katanya.

“Mereka dilihat berjaya dengan strategi ini pada PRU-12 dan PRU13 hasil kerjasama dengan PAS. PAS bagaimanap­un menyedari niat tidak baik DAP lalu menarik diri dan kini bekerjasam­a dengan Umno untuk menyatukan orang Melayu,” katanya.

Beliau juga meminta anggota Umno agar tidak bersekongk­ol dengan pembangkan­g atas dasar belas kasihan dan ini termasuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menentang Umno. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia