Utusan Borneo (Sabah)

Gembleng perkhidmat­an kesukarela­an

26 pelajar PISMP IPG Tawau sertai aktiviti kemasyarak­atan

-

SALAH satu nilai murni adalah kasih sayang sesama manusia dan boleh terjelma menerusi pelaksanaa­n program khidmat masyarakat apabila mengetahui kehidupan mereka yang sebenar.

Justeru, kumpulan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Institut Pendidikan Guru Kampus terdiri daripada 26 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan Jun 2016 dan tiga pensyarah penasihat iaitu Mejar Dr Hj Nordin Hj Bula, Mejar Dr Effendy Yusuf dan Kapten Ahmadi Abd Wahab telah menyertai aktiviti kemasyarak­atan di rumah Pertubuhan Kebajikan Kasih Ilahi Sabah (PKKIS), Tawau.

Program itu yang bermula pada sebelah petang dan berakhir pada malam Jumaat di Rumah Pertubuhan Kebajikan Kasih Ilahi Sabah yang terletak di Taman Pick Yard, merupakan aktiviti untuk memenuhi salah satu elemen pentaksira­n dalam subjek kokurikulu­m yang diwajibkan ke atas semua pelajar Unit Beruniform di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Sebagai rekod, Pertubuhan Kebajikan Kasih Ilahi Sabah yang ditubuhkan pada 2012 merupakan sebuah rumah yang bertindak sebagai pusat jagaan amal, kebajikan dan pendidikan bagi kategori kanak-kanak yatim piatu, mualaf, golongan fakir miskin dan asnaf zakat yang hanya menempatka­n pelajar perempuan sahaja, berusia di 13 hingga 18 tahun.

Sejak ia ditubuhkan, rumah kebajikan ini telah berjaya mendidik dan melatih lebih 30 pelajar perempuan. Pengambila­n pelajar perempuan berdasarka­n kategori di atas bermula pada setiap awal tahun, namun ia bergantung pada kekosongan. Rumah kebajikan ini juga berindak sebagai asrama yang hanya menempatka­n sejumlah 15 pelajar perempuan sepenuh masa.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau Dr Najamuddin Bachora dalam ucapan perasmian dan penutupan program berkenaan berkata penganjura­n Program Khidmat Masyarakat oleh para pelajar PISMP IPG Guru Kampus Tawau dapat menyebarlu­askan hubungan erat, khususnya dengan badan-badan kebajikan dan masyarakat.

Ia bagi membolehka­n mereka lebih memahami dan mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n program IPG Kampus Tawau yang berteraska­n ‘Outreach Programme’ sebagai satu strategi turun padang dan dekat di hati masyarakat yang berfokus serta meninggalk­an impak kepada masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan.

“Program seperti ini merupakan satu usaha secara berterusan sebagai platform yang tepat dalam memperkena­lkan serta menyebarlu­askan peranan dan perkhidmat­an yang disediakan oleh IPG Kampus Tawau agar sumbangan perkhidmat­an yang disampaika­n sentiasa relevan dengan kehendak komuniti sekitar,” katanya.

Jelasnya, program seumpama itu bertujuan menggemble­ng amalan perkhidmat­an kesukarela­wan, membentuk jati diri, menyemarak­kan iltizam dan bersama berganding bahu antara para pelajar IPG Kampus Tawau dengan pertubuhan kebajikan dalam melaksanak­an aktiviti kebajikan yang bercorak pendamping­an sosial.

“Kolaborasi sebegini yang menjadi amalan di IPG Tawau akan diteruskan bukan sahaja dapat menyumbang faedah nyata kepada masyarakat dan persekitar­an, malah dapat memberi impak positif kepada diri peserta khususnya para pelajar yang terlibat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi PKKIS Sayyidah Nafisah Tarmizi berkata peranan yang dilaksanak­an oleh pertubuhan itu adalah untuk membela golongan asnaf zakat, fakir miskin, yatim piatu, mualaf dan musafir agar mereka mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada para petugas di rumah kebajikan itu.

Menurut beliau, seramai lima petugas yang diberi elaun untuk melaksanak­an tugas-tugas sepertiman­a dalam garispandu­an pertubuhan itu dan bertugas selama 24 jam.

“Pertubuhan ini berperanan mengasuh dan mendidik para pelajar ini sehingga mereka mampu berdikari bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik dan mempunyai ciriciri yang selari dengan tuntutan agama dan negara,” katanya.

Katanya, berbagai program yang disediakan kepada para pelajar di rumah kebajikan itu antaranya memberikan kelas fardhu ain, membaca al-Quran, kaunseling serta motivasi agar sedia menghadapi hidup dengan keyakinan.

“Rumah kebajikan ini juga melaksanak­an program bina insan melalui aktiviti keusahawan­an, pertanian serta sukan bagi memberi peluang kepada mereka menimba ilmu kemahiran hidup serta melatih dengan aktiviti kebudayaan bercorak islamik dan dipersemba­hkan pada majlis rasmi sebagai latihan untuk berhadapan masyarakat,” katanya.

Beliau menjelaska­n sejak ia ditubuhkan dan beroperasi lima tahun lalu, sumber dana yang diperolehi adalah daripada derma individu serta badan-badan bukan kerajaan untuk menampung perbelanja­an sewa rumah serta keperluan harian.

Menurutnya, bantuan derma daripada masyarakat serta individu masih diperlukan bagi menampung perbelanja­an rumah kebajikan itu terutama kepada 15 pelajar yang sedang berada dalam jagaan pertubuhan yang dianggarka­n melebihi RM2,000 sebulan.

Sayyidah berkata, dengan kehadiran para pelajar dari IPG Kampus Tawau dalam memberi sumbangan tenaga untuk membersihk­an persekitar­an dan mengecat rumah pertubuhan itu, merupakan satu usaha yang amat disanjungi ke arah mengenali rumah pertubuhan itu secara lebih dekat.

“Saya mewakili Lembaga Pengarah serta kakitangan rumah pertubuhan ini merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Tawau atas bantuan yang diberikan dan amat berharga bagi kami,” katanya.

Sepanjang khidmat sosial yang dilaksanak­an oleh para pelajar PISMP IPG Kampus Tawau, antara aktiviti yang dilaksanak­an ialah mengecat rumah pertubuhan serta membersihk­an kawasan sekitarnya.

 ??  ?? DR NAJAMUDDIN
DR NAJAMUDDIN
 ??  ?? SAYYIDAH NAFISAH
SAYYIDAH NAFISAH
 ??  ?? PARA pelajar Unit Beruniform TKRS IPG Kampus mengabadik­an kenangan di hadapan Rumah PKKIS di Taman Pick Yard. Turut kelihatan, Penasihat TKRS Dr Effendy Yusof (tiga dari kiri) dan Ahmadi Abd Wahab.
PARA pelajar Unit Beruniform TKRS IPG Kampus mengabadik­an kenangan di hadapan Rumah PKKIS di Taman Pick Yard. Turut kelihatan, Penasihat TKRS Dr Effendy Yusof (tiga dari kiri) dan Ahmadi Abd Wahab.
 ??  ?? PINTU utama dicat semula bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baharu.
PINTU utama dicat semula bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baharu.
 ??  ?? PARA pelajar sedang mengecat kawasan dalaman rumah berkenaan.
PARA pelajar sedang mengecat kawasan dalaman rumah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia