Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Tautan Kasih erat permuafaka­tan

- Oleh JAINUDIN NASIR

Tautan Kasih anjuran kakitangan Unit Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) bersama para pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan ketua kampung DUN Karanaan eratkan perpaduan serta permuafaka­tan sedia terjalin dalam kalangan mereka.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin, turut hadir sebagai tetamu khas pada majlis itu yang di Dewan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ranau.

Program yang julung kali diadakan cetusan idea bersama UPPM, JKKK dan ketua kampung itu bertujuan memantapka­n perpaduan serta kerjasama di antara mereka dan barisan kepimpinan akar umbi sebagai peneraju permuafaka­tan dalam segala aspek, sekali gus sebagai landasan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ewon dalam ucapannya memuji serta merakamkan penghargaa­n kepada UPPM, JKKK dan ketua kampung DUN Karanaan kerana berjaya menganjurk­an majlis itu dengan lancar serta teratur.

“Majlis seumpama ini adalah satu motivasi kepada kita semua untuk melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab kepada rakyat akar umbi, selain berkenal mesra dengan barisan JKKK dan ketua kampung dari 47 kampung termasuk Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) Ranau, yang tidak sempat saya lawati,” katanya.

Beliau menyeru semua pengerusi JKKK dan ketua kampung supaya bersedia menggerakk­an jentera masingmasi­ng bagi mempastika­n kejayaan semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Turut hadir dan berucap ialah PPM Karanaan Haji Jahidin Lumat (mewakili Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun) dan Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Haji Matlan Gamalie sementara, hadir sama ialah Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Ketua Pemuda Upko Pusat Arthur Sen, Pengerusi JKDB Ranau Tan Eng Sing dan semua UPPM Karanaan.

Menyerikan majlis itu ialah persembaha­n lagu daripada dua artis tempatan Sabah, S Willie dari Kudat dan Meeda Hamzani dari Tambunan.

Majlis berakhir dengan acara memotong kek hari jadi bagi semua pengerusi JKKK, UPPM dan ketua kampung yang dilahirkan sepanjang bulan Ogos.

 ??  ?? SEMUA yang hadir bergambar kenangan dengan Ewon serta rombongan.
SEMUA yang hadir bergambar kenangan dengan Ewon serta rombongan.
 ??  ?? DARI kanan, Faimin, Matlan, Ewon dan Jahidin merakam gambar kenangan.
DARI kanan, Faimin, Matlan, Ewon dan Jahidin merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia