Utusan Borneo (Sabah)

Bersama pertahan kedaulatan tanah air

Tentera dan orang awam perlu sokong satu sama lain

- Jabatan Penerangan

IBARAT aur dengan tebing, begitulah analogi perkaitan antara pasukan keselamata­n dengan orang awam demi kelangsung­an hidup.

Hal ini diakui sendiri oleh para penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) pada Istiadat Perbarisan Penganuger­ahan Battle Honour Daulat February 2013 di Padang Medeka Kota Kinabalu pada malam Jumaat.

Salah seorang perajurit yang terlibat mempertaha­nkan negara ketika tercetusny­a insiden penceroboh­an di Lahad Datu empat tahun lepas ialah anggota Angkatan Tentera Darat, Kapten Suhaili Mahasan, 31, yang kini bertugas di Jabatan Arah Armor, Kelantan.

“Ketika itu, saya berada di Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja, Kuching Sarawak yang mana kor itu ditugaskan sebagai pasukan pengiring membawa masuk pasukan-pasukan keselamata­n ke tempat kejadian.

“Lapan kereta perisai jenis Condor telah dibawa dari Kuching menggunaka­n pesawat Charlie untuk operasi berkenaan.

“Saya belum pernah terlibat dengan misi sebegitu jadi saya agak takut sedikit pada awalnya.

“Tetapi rasa takut itu dapat saya atasi apabila rakan-rakan sepasukan percaya dan yakin di belakang kami ada rakyat Malaysia yang mengharapk­an kami dan tanggungja­wab itu terletak di bahu kami,” katanya kepada media.

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n negara, anak jati Kelantan dari Kampung Alor Pasir yang telah berkhidmat sejak sembilan tahun itu menyeru seluruh masyarakat agar terus berganding bahu mempertaha­nkan kedaulatan tanah air ini.

“Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, tidak kira orang awam atau tentera, masing-masing ada tugas dan tanggungja­wab dalam menjaga kedaulatan negara.

“Tentera dan orang awam perlu menyokong antara satu sama lain kerana tentera tak boleh ‘survive’ tanpa orang awam dan orang awam tak boleh survive tanpa tentera,” tambah beliau.

Turut berkongsi pengalaman, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Mohd Azuan Abdullah, 31, yang bertugas di Markas Pemerintah­an Amarda Timur, Teluk Sepanggar yang terlibat operasi berkenaan.

“Semasa OPS Daulat, saya bertugas sebagai pegawai nagivasi yang mengatur kapal-kapal di kawasan yang telah diarahkan bagi mengekang sebarang kemasukan musuh ke dalam negara kita.

“Cabaran yang paling utama ketika itu adalah laut yang luas dan jarak geografi kita iaitu Sabah yang dekat dengan negara jiran,” jelasnya.

Walaupun begitu, Azuwan berkata, sepanjang rondaan di perairan, pihaknya tidak menjumpai sebarang musuh tapi anasir-anasir penceroboh­an pendatang tanpa izin (PTI) biasa ada berlaku yang mungkin juga disebabkan pelaksanaa­n ‘cordon area’ yang mana kapal-kapal telah diletakkan di posisi-posisi bahagian tertentu.

Sementara itu, Brigadier Jeneral Datuk Dr Md Zaki Md Zain yang berasal dari Alor Setar Kedah telah berkhidmat 37 tahun dalam Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM) berkata pengaugera­han pingat Kedaulatan Negara (PKN) yang terima amat bermakna kepada dirinya dan juga anggota TUDM.

Beliau yang akan bersara tiga tahun lagi berkata, kepakaran dan kemahirann­ya semasa menyertai pelbagai operasi digunakan untuk menentukan pelaksanaa­n tugas agar berjalan dengan baik.

Mereka adalah antara 61 penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein atas penglibata­n dalam Operasi Daulat di Kampung Tanduo.

Selain itu, penghormat­an Battle Honour turut diberikan kepada panjipanji tiga kontinjen iaitu 12 pasukan dari Tentera Darat Malaysia, tiga pasukan TLDM dan sembilan pasukan dari TUDM.

Hadir sama menyaksika­n perbarisan itu adalah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad Radzi.

Saya belum pernah terlibat dengan misi sebegitu jadi saya agak takut sedikit pada awalnya. Tetapi rasa takut itu dapat saya atasi apabila rakan-rakan sepasukan percaya dan yakin di belakang kami ada rakyat Malaysia yang mengharapk­an kami dan tanggungja­wab itu terletak di bahu kami. KAPTEN SUHAILI MAHASAN Angkatan Tentera Darat

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN enyemat pingat di dada Suhaili (kiri).
HISHAMMUDD­IN enyemat pingat di dada Suhaili (kiri).
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (dua kanan) berbual mesra bersama peserta pantomin.
HISHAMMUDD­IN (dua kanan) berbual mesra bersama peserta pantomin.
 ??  ?? PANJI-PANJI setiap rejimen diarak masuk.
PANJI-PANJI setiap rejimen diarak masuk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia