Utusan Borneo (Sabah)

PSA UMS anjur Pertanding­an Boling Bersama Media

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

Pelajar Pascasiswa­zah (PSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an Pertanding­an Boling Bersama Media bertemakan ‘Lets Enjoy And Win’, pada Sabtu.

Bertempat di My Bowl One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, ia disertai seramai 49 orang termasuk pelajar siswazah dan pascasiswa­zah UMS, staf UMS serta pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), North Borneo University College Alamesra, Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu dan orang awam.

Acara bermula seawal jam 9 pagi dan program dirasmikan oleh Datuk Kassim Hj Md Mansur, salah seorang profesor di Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan UMS.

Program bertujuan melahirkan pelajar proaktif yang tidak hanya bertumpu dalam bidang akademik, malah juga aktif bidang bukan akademik.

Penglibata­n PSA dalam program itu dapat meningkatk­an motivasi dan mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah.

Selain menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan pelajar, ia juga berfungsi memberi kesedaran akan pentingnya memelihara kesihatan luaran dan dalaman diri.

Jakaria Dasan selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Pascasiswa­zah UMS berharap program sedemikian dipergiat untuk memantapka­n lagi produktivi­ti pelajar.

“Selain program kepimpinan dan komuniti anjuran PSA, aktiviti riadah juga penting untuk merehatkan minda sekaligus dapat meningkatk­an kemahiran berfikir,” katanya.

Pengarah Program, Rabbiatul Adawiyah Amil Bangsa berpuas hati dengan respon positif daripada pelbagai pihak.

Katanya, selain mengeratka­n ukhwah dalam kalangan peserta, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam program secara santai itu.

 ??  ?? PARA pemenang pertanding­an boling merakamkan gambar kenangan.
PARA pemenang pertanding­an boling merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? BARISAN pelajar pascasiswa­zah UMS.
BARISAN pelajar pascasiswa­zah UMS.
 ??  ?? PESERTA bersama Kassim (dua dari kiri) dan Jakaria (tiga dari kiri).
PESERTA bersama Kassim (dua dari kiri) dan Jakaria (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia