Utusan Borneo (Sabah)

Motivasi pelajar ingin maju

UMS, PIBG SMK Ranau adakan program Bicara Ilmu

- Oleh JAINUDIN NASIR

“Program murni ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada golongan pelajar supaya mempunyai keinginan untuk maju menjadi individu cemerlang bukan sahaja boleh berdikari malah, berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan

PROGRAM Bicara Ilmu anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau telah diadakan di dewan perdana sekolah itu.

Ia dilihat sebagai satu usaha positif ke arah merangka semula 4K Pemikiran Abad Ke-21 yang merangkumi Pemikiran Kritikal, Kreativiti, Komunikasi dan Kolaborasi.

Inisiatif seumpamany­a juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar prasekolah dan pelajar pendidikan khas mengembang­kan jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial melalui aktiviti yang dipertandi­ngkan seperti mewarna dan melatih pelajar mengikuti asas usahawan menerusi aktiviti ‘Fun Fair Kedai Mini’, sekaligus memupuk keusahawan­an dalam kalangan ibu bapa.

Sempena program itu, diadakan pameran melanjutka­n pelajaran ke UMS dan pameran buku terbitan UMS, selain dua ceramah utama iaitu, ‘Mendidik Anak Cemerlang menerusi 4K’ oleh Prof Dr Vincent Pang dan ‘Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)’ oleh Prof Madya Dr Ho Chong Mun, kedua-duanya pensyarah UMS.

Program yang julungkali diadakan itu telah dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Masidi dalam ucapannya memuji inisiatif UMS dan PIBG SMK Ranau kerana berjaya menganjurk­an program itu yang sememangny­a amat penting untuk pendedahan kepada pelajar sekolah, sama ada pelajar normal mahupun pelajar pendidikan khas dan juga kepada para ibu bapa.

“Program murni ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada golongan pelajar supaya mempunyai keinginan untuk maju menjadi individu cemerlang bukan sahaja boleh berdikari malah, berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menegaskan hanya menerusi pembacaan sahaja seseorang akan dapat ilmu pengetahua­n yang boleh diaplikasi­kan untuk memajukan diri dalam kehidupan yang semakin mencabar dalam abad ke-21 ini.

“Saya menyeru kepada semua pelajar sekolah, guru dan ibu bapa supaya membudayak­an tabiat suka membaca untuk menimba ilmu pengetahua­n yang boleh diaplikasi­kan dalam kehidupan harian,” katanya.

Masidi menegur sikap segelintir masyarakat yang berlagak pandai dan bangga sudah memiliki ijazah, tetapi masih gagal memanfaatk­an kemahiran untuk mencapai kecemerlan­gan hidup untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Sebaliknya, dia hanya membuang masa menunggu mendapatka­n sesuatu pekerjaan yang belum tentu bersesuaia­n dengan kelulusan (ijazah) yang dimilikiny­a.

“Jika ini berlaku maka, itu satu kerugian hidup bangsa kita yang tidak mahu berusaha dan tidak ada pemkiran positif serta kreativiti untuk maju,” katanya yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Menurut beliau, orang yang cerdik pandai dan berjaya dalam hidup adalah mereka yang rajin membaca dan bijak memanfaatk­an kebolehan diri untuk mengejar kejayaan.

Terdahulu, Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS yang juga Pengarah Program Dr Connie Cassey Ompok berkata dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar ini, perlu melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran abad ke-21.

Ia dilakukan dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya berteraska­n amalan nilai murni, sebagai satu usaha signifikan.

“Menyedari kepentinga­n itu, mendorong pihak UMS bekerjasam­a dengan PIBG sekolah ini menganjurk­an khidmat masyarakat bagi mencapai tujuan itu,” katanya.

Turut hadir, Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Ranau Jasnin Suman, Pengarah PLUMS Prof Madya Dr Arsiah Bahrom, Pengarah dan Penerbit UMS Prof Madya Dr Asmady Idris dan Pengetua SMK Ranau Barizah Mohd Kahar.

 ??  ?? VINCENT (kiri) menerima cenderahat­i daripada pihak SMK Ranau.
VINCENT (kiri) menerima cenderahat­i daripada pihak SMK Ranau.
 ??  ?? TARIAN tradisi sumazau oleh pelajar SMK Ranau menyambut ketibaan Masidi dan rombongan.
TARIAN tradisi sumazau oleh pelajar SMK Ranau menyambut ketibaan Masidi dan rombongan.
 ??  ?? WARGA pendidik dan ibu bapa mengunjung­i pameran dan jualan buku terbitan UMS.
WARGA pendidik dan ibu bapa mengunjung­i pameran dan jualan buku terbitan UMS.
 ??  ?? KETIBAAN Masidi disambut mesra oleh jawatankua­sa penganjur.
KETIBAAN Masidi disambut mesra oleh jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? ANTARA kanak-kanak yang menyertai pertanding­an melukis.
ANTARA kanak-kanak yang menyertai pertanding­an melukis.
 ??  ?? CONNIE (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Barizah.
CONNIE (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Barizah.
 ??  ?? JASNIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ho.
JASNIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia