Utusan Borneo (Sabah)

SM St John ungguli Pertanding­an Tarian Peringkat Daerah Beaufort

-

Menengah St John Beaufort mengunggul­i pertanding­an Tarian Sekolah Menengah Peringkat Daerah apabila pasukan tari sekolah berkenaan menjadi johan keseluruha­n setelah mempamerka­n aksi mantap dalam pertanding­an itu.

Pasukan tari SM St John dinobatkan sebagai juara keseluruha­n setelah menjadi johan kategori etnik dan naib johan kategori rampaian mengalahka­n SM St Paul di tempat kedua keseluruha­n setelah pasukan tari sekolah berkenaan menjadi johan kategori rampaian tetapi sekadar tempat ketiga kategori etnik. Tempat ketiga keseluruha­n dimenangi oleh SMK Membakut.

Seni tari yang dipersemba­hkan oleh pasukan SM St John dalam kedua-dua kategori khususnya kategori etnik dan rampaian menjadi tumpuan para hakim yang mengadili pertanding­an itu.

Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah SMK Kota Klias, SMK Beaufort, SMK Beaufort II, SMK Membakut II, SM St Patrick dan SMK Weston sebagai tuan rumah.

Jurulatih pasukan SM St John Rosminah Jainal melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pencapaian para penarinya yang mempamerka­n semangat dan disiplin tarian yang mantap.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini walaupun tempoh latihan dan persediaan yang amat terhad,” katanya.

Pertanding­an memilih wakil daerah ke peringkat negeri itu antara lain bertujuan mendedahka­n para pelajar kepada satu kaedah pembelajar­an kebudayaan melalui tarian selain menggalakk­an pelajar bergerak aktif dan sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

Perasmian dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Penyelia Pendidikan Daerah Beaufort Haji Ali Baba.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n khususnya kepada tuan rumah atas kejayaan menganjurk­an program itu dan juga kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Penyelia Pendidikan Daerah Rashid Ramli, para guru pengiring dan jurulatih serta ibu bapa.

 ??  ?? ALI Baba (empat dari kiri) menyampaik­an piala kemenangan kepada pasukan SM St John Beaufort sebagai juara keseluruha­n.
ALI Baba (empat dari kiri) menyampaik­an piala kemenangan kepada pasukan SM St John Beaufort sebagai juara keseluruha­n.
 ??  ?? PASUKAN SM St John Beaufort bergambar kenangan bersama Rosminah dan Lily Rajatin (guru pengiring) selepas pertanding­an itu.
PASUKAN SM St John Beaufort bergambar kenangan bersama Rosminah dan Lily Rajatin (guru pengiring) selepas pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia