Utusan Borneo (Sabah)

Cara Ahoi semai cintakan negara

Menjelajah di dalam dan luar negara dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi

-

“Kebanyakan negara yang saya pernah pergi mengenali Malaysia. Apabila saya cakap kami dari Malaysia mereka sangat mengalu-alukan kita di sana. Saya masih ingat di sebuah stesen minyak di Turki. Sebuah keluarga dari Iran yang menaiki kereta bertanya kami dari mana? bila jawab dari Malaysia, mereka cukup seronok dan terus mengeluark­an semua makanan yang ada di dalam keretanya kepada kami. CHUA CHERN KWANG@AHOI

Bagi pengguna motosikal berkuasa tinggi tempatan, Ahoi atau nama sebenarnya Chua Chern Kwang, 52, bukanlah individu asing bagi mereka.

Kepakarann­ya hampir 40 tahun dalam membaiki dan menyelengg­ara motosikal berkuasa tinggi menjadikan kedainya , SC Premium Bikes di Sunway tumpuan terutama hujung minggu sejak dibuka 22 tahun yang lepas.

Tidak hanya menyelesai­kan masalah motosikal, kedai Ahoi juga tempat peminat kuda besi ini berkongsi pengalaman bergelar ‘rider’.

Sesekali berkumpul tidak ubah seperti sebuah keluarga besar yang cukup harmoni. Mana tidaknya, hampir 60 peratus pelanggan setianya adalah Melayu manakala selebihnya pelanggan Cina dan India.

Tanpa membezakan warna kulit, agama, budaya mahupun pangkat mereka berbicara topik dan minat yang sama terhadap motosikal.

PENGALAMAN MENGEMBARA KE LONDON

Meskipun kaya dengan pengalaman, Ahoi tidak pernah lokek dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Suami kepada Lim Siew Yan, 50, ini sentiasa berkongsi teknik penunggang­an motosikal yang betul selain aspek penjagaan dan keselamata­n terutama kepada penunggang baharu.

Aktiviti konvoi bermotosik­al antara yang sering dilakukan bersamasam­a pelanggann­ya.

Sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sekali mereka ke tempat-tempat menarik sekitar Malaysia hingga adakalanya melepasi sempadan negara seperti ke Thailand, Myanmar, Kemboja mahupun China.

“Ini satu daripada cara saya menghargai kesetiaan mereka selain mengeratka­n hubungan dengan pelanggan tidak kira mereka pelanggan baharu mahupun lama. Apabila kita bawa motosikal, kita lupakan semua perbezaan itu sebab kita adalah sama,” katanya ketika ditemui Bernama di kedainya baru-baru ini.

Ahoi juga pernah bermotosik­al ke London bagi menjayakan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) pada tahun 2010 yang diketuai Kapten Azizi Hashim bersama wartawan Utusan Malaysia Saiful Haizan Hasam dan seorang pegawai polis, Maxwell Ripin.

Pengalaman penjelajah­an selama dua bulan itu adalah satu pengalaman yang cukup berharga, katanya.

Merentasi 18 buah negara antaranya Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenist­an, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria, Switzerlan­d, Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom sejauh 20,940 benar-benar membuka mata.

Bapa kepada Chua Xi Yi (perempuan), 23, Chua Xuan Jie (lelaki), 19, dan Chua Xuan Rui (lelaki) ,15 berkata pengalaman itu menjadikan­nya lebih bersyukur dilahirkan dan menjadi rakyat Malaysia.

“Kita selalu sahaja merasa tidak pusa hati dengan apa yang ada di hadapan kita. Bila kita mengembara melihat sendiri keadaan di negaranega­ra luar, kita dapat membezakan apa kelebihan yang ada di negara kita berbanding dengan negara lain,” katanya.

“Ada negara yang dilalui jauh terbelakan­g dari Malaysia. Masa sampai di sebuah negara di Eropah Timur, kanak-kanak umur 10 hingga 12 tahun berdiri di tepi jalan dan mereka masih naiki kuda sebagai pengangkut­an.

“Kena keluar dari zon selesa untuk melihat apa yang berlaku di tempat lain. Ia akan menjadikan kita lebih menghargai negara sendiri,” katanya yang telah mengembara menjelajah menaiki motosikal hampir ke seluruh negara di dunia antaranya Australia, Amerika Syarikat, Argentina, Rusia, India dan Pakistan.

KONGSI PENGALAMAN

Sering berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika mengembara ke negara-negara luar dengan penunggang motosikal lain.

Menurut Ahoi, itu cara beliau menyuntik semangat kepada yang lain untuk mencuba berkonvoi dan mengutip pengalaman berbeza di negara luar.

Bukan soal kelajuan dan motosikal siapa yang paling hebat di atas jalan raya sebaliknya semangat persaudara­an yang perlu ada dalam aktiviti sebegini untuk bersama melalui setiap cabaran dan sampai ke destinasi, katanya.

“Kebanyakan pelanggan saya dalam kategori sudah matang berumur lebih 40 tahun. Bila di atas motosikal berkonvoi bersama-sama, tidak kira mereka pangkat tinggi atau rendah semuanya harus dalam direction (arah) yang sama,” katanya.

Dilahirkan selepas lapan tahun negara mencapai kemerdekaa­n, Ahoi yang berasal dari Muar, Johor bersyukur dapat melihat proses pembanguna­n dan kemajuan yang berlaku di dalam negara.

Penunggang motosikal juga berperanan sebagai duta kecil negara, disiplin dan tingkah laku yang baik perlu dijaga, katanya.

“Kebanyakan negara yang saya pernah pergi mengenali Malaysia. Apabila saya cakap kami dari Malaysia mereka sangat mengalualu­kan kita di sana.

“Saya masih ingat di sebuah stesen minyak di Turki. Sebuah keluarga dari Iran yang menaiki kereta bertanya kami dari mana? bila jawab dari Malaysia, mereka cukup seronok dan terus mengeluark­an semua makanan yang ada di dalam keretanya kepada kami,” katanya yang berkongsi pengalaman manis yang dilalui.

JALAN RAYA DI MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK

Sepanjang pengalaman­nya melalui jalan- jalan raya di dalam dan luar negara, beliau tidak ragu-ragu menyatakan Malaysia mempunyai kemudahan jalan raya bertaraf dunia.

Selain disajikan pemandanga­n indah, rekabentuk jalan yang dibina selepas negara mencapai kemerdekaa­n hingga ke hari ini antara yang terbaik dan menjadi penyebab semakin ramai memilih menggunaka­n motosikal berkuasa tinggi untuk ke mana-mana destinasi.

Sama ada di utara, selatan dan pantai timur banyak tempat menarik yang boleh dilawati tidak kira melalui jalan persekutua­n, jalan negeri mahupun lebuh raya. Saya yang selalu menunggang motosikal juga merasakan masih banyak lagi tempat yang belum dijelajahi di dalam Malaysia, katanya.

Aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi adalah antara aktiviti yang boleh melibatkan semua komuniti duduk bersama-sama, melangkaui setiap sempadan yang menjarakka­n hubungan kaum di Malaysia.

Jika sebelum ini motosikal berkuasa tinggi hanya dijadikan antara aktiviti riadah tetapi kini ia sudah menjadi satu keperluan terutama dengan peningkata­n kos hidup, harga minyak dan masalah kesesakan jalan raya.

Pasaran motosikal berkuasa tinggi semakin besar di negara ini disebabkan ada keperluan dan permintaan daripada pengguna, menurut Ahoi yang telah melalui dua generasi teknologi motosikal daripada teknologi kalburator yang bekerja secara manual ke sistem injeksi yang dikawal secara elektronik.

Kini, hampir kesemua motosikal berkuasa tinggi menggunaka­n sistem elektronik yang memerlukan seorang mekanik menguasai perubahan teknologi baharu dengan pantas.

“Teknologi yang ada sekarang membuatkan motosikal semakin laju dan bertambah laju. Pengeluar motosikal melihat secara serius pasaran di Malaysia kerana ada permintaan yang banyak bagi motosikal berkuasa tinggi,” katanya yang mendapat kepercayaa­n jenama Kawasaki untuk mengedarka­n motosikal keluaran Jepun itu di kedainya.

MINAT MOTOSIKAL SEJAK KANAK-KANAK

Minatnya pada motosikal berkuasa tinggi telah tertanam sejak zaman kanak-kanak.

Pada usia 10 tahun dia sudah pandai menunggang motosikal kapcai bapanya jenis Honda C70.

Ketika bawa motosikal kapcai bapa, saya sudah berangan-angan satu hari nanti akan menunggang motosikal berkuasa tinggi, katanya.

Kerana minat itu menyebabka­n Ahoi memilih untuk berhenti sekolah pada usia 14 tahun dan bekerja di bengkel membaiki motosikal milik kawan bapanya di Muar.

“Saya tahu untuk mempunyai motosikal berkuasa tinggi ketika itu tidak mampu. Hanya ada satu jalan sahaja untuk saya capai impian saya ketika itu iaitu menjadi mekanik,” katanya.

Dua tahun kemudian, Ahoi memberanik­an diri mencari peluang pekerjaan sebagai mekanik di bengkel motosikal di Singapura sebelum kembali ke Johor pada usia 18 tahun.

“Masih ingat lagi ketika itu awal tahun 80an, saya datang ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib bekerja di bengkel di sini. Ketika itu masyarakat Cina di sini bercakap dialek Kantonis sedangkan di Johor saya bercakap dalam dialek Hokkien.

“Saya dapat bekerja sebagai mekanik dengan gaji ketika itu sekitar RM400RM500 sebulan. Tetapi disebabkan saya tidak pandai dialek kantonis, gaji saya ditolak RM100,” katanya dia mengambil masa hampir enam bulan belajar menguasai dialek Kantonis.

Langkah kanan yang diatur membuahkan hasil apabila sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Petaling Jaya yang cukup terkenal ketika itu menerimany­a bekerja.

Ia menjadi titik tolak dalam peningkata­n kerjanya daripada mekanik motosikal kapcai kepada motosikal idamannya. Di sana juga dia berpeluang buat kali pertama merasa menunggang motosikal berkuasa tinggi untuk satu perjalanan jauh di Bangkok, Thailand.

Selepas enam tahun menimba pengalaman dan ilmu, dia kemudianny­a memberanik­an diri membuka bengkel motosikaln­ya sendiri.

“Keberanian itu datang hasil sokongan dan kepercayaa­n pelangganp­elanggan. Prinsip yang saya bawa sejak dulu, adalah kejujuran.

“Jujur dengan apa yang kita buat kerana pelanggan boleh menilai hasil kerja kita. Jika dia percaya kepada kita, mereka akan datang lagi mendapatka­n khidmat kita,” katanya.

MILIKI MESIN DYNO PERTAMA DI MALAYSIA

Kedai yang dibuka pada tahun 1995 itu adalah kedai pertama di Malaysia yang mempunyai mesin dyno bagi pemeriksaa­n prestasi motosikal berkuasa tinggi.

Ketika itu dia terpaksa menjual kereta bagi mendapatka­n modal sebanyak RM150,000 untuk membeli mesin itu pada tahun 1999 dan terbang ke Amerika Syarikat menjalani kursus mengendali­kan mesin itu.

Walaupun mengambil risiko pelaburan yang besar, langkah itu sangat tepat kerana selepas tahun 2000 pasaran motosikal berkuasa tinggi semakin meluas terutama yang menggunaka­n teknologi sistem injeksi .

“Kebanyakan motosikal keluaran Jepun menggunaka­n teknologi sistem injeksi yang memerlukan mesin dyno untuk tuning bagi melihat prestasi kelajuan sesebuah motosikal,” katanya.

Pernah cedera dan patah kaki dalam kemalangan ketika berkonvoi bersama empat rakan lain ke Myanmar pada 2013, bagi Ahoi itu adalah asam garam bagi seorang penunggang motosikal.

Paling penting ketika menunggang motosikal ialah membawa nasib yang baik. Jika nasib tidak baik macam-macam boleh berlaku, katanya.

Digelar ‘master’ oleh rakan yang juga pelanggann­ya namun bagi Ahoi banyak lagi yang harus dipelajari tentang motosikal terutama teknolgite­knologi baharu dunia permotoran.

Walaupun tidak berpelajar­an tinggi beliau membuktika­n minat dan keinginan yang bersungguh­sungguh mendalami sesuatu bidang boleh membawa seseorang individu itu mencapai impiannya.Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? PEMILIK SC Premiums Bikes Chua Chern Kwang atau dikenali sebagai Ahoi bersama sebahagian motosikal berkuasa tinggi di kedainya di Bandar Sunway, Kuala Lumpur. -
GambarBERN­AMA PEMILIK SC Premiums Bikes Chua Chern Kwang atau dikenali sebagai Ahoi bersama sebahagian motosikal berkuasa tinggi di kedainya di Bandar Sunway, Kuala Lumpur. -
 ?? GambarBERN­AMA ?? AHOI ketika bersama motosikal kawasaki pertama miliknya. -
GambarBERN­AMA AHOI ketika bersama motosikal kawasaki pertama miliknya. -
 ?? - GambarBERN­AMA ?? AHOI bersama motosikal berkuasa tinggi Kawasaki H2R.
- GambarBERN­AMA AHOI bersama motosikal berkuasa tinggi Kawasaki H2R.
 ??  ?? AHOI berkongsi pendapat bersama para pekerja. GambarBERN­AMA
AHOI berkongsi pendapat bersama para pekerja. GambarBERN­AMA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia