Utusan Borneo (Sabah)

Jangan leka hadapi cabaran

Peringatan kepada ahli Umno untuk menepis dakyah pembangkan­g

- Ole KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Jangan leka menghadapi cabaran yang terus mendatang, pertahanka­n Umno dari serangan lawan demi masa depan rakyat dan negara.

Itulah mesej disampaika­n Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Aziz Kaprawi ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sipitang, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, cabaran datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dari dalam parti mahupun luar parti, justeru setiap ahli tidak boleh leka dan terbawabaw­a dengan sentimen atau emosi.

“Apa yang penting bagi ahli Umno, kita harus teruskan perjuangan, mengukuhka­n ikatan dengan akrab demi kelangsung­an membela nasib bangsa dan negara kita.

“Hati dan jiwa kita perlu kental perjuangka­n parti. Umno dan BN satu-satunya ikatan paling unggul yang terbukti sebagai tunjang negara sejak merdeka,” katanya sambil menegaskan ikatan pembangkan­g awalawal lagi sudah terbukti gagal.

Aziz membidas pembangkan­g yang menabur berbagai fitnah dan dakyah memburukka­n kerajaan dan kepimpinan BN mengenai pelbagai isu seperti ekonomi dan harga barang.

Katanya, apa yang diperkatak­an pembangkan­g nyata tidak ikhlas, malah mereka bercakaran sesama sendiri dan saling mengkhiana­ti antara satu sama lain.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an rakyat supaya menolak pembangkan­g kerana kebanyakan pemimpin mereka adalah bekas ahli Umno yang kini cuba meniru dan menciplak pula ideologi Umno untuk meraih simpati rakyat.

Umno Bahagian Sipitang diterajui Ahli Parlimen Datuk Sapawi Hj Ahmad. Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kimanis merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Arif selaku wakil Perhubunga­n Umno Sabah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Datuk Kamarlin Ombi (Adun Lumadan), Naib Ketua Bahagian Datuk Ahmad Bujang (Adun Sindumin), Ketua Wanita Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Suzie Hamat.

Dalam pada itu, Aziz memuji kemajuan dan pembanguna­n negeri Sabah yang semakin pesat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Katanya, Bandaraya Kota Kinabalu kini sudah jauh berubah berbanding dahulu, dan kini merupakan antara bandar termoden di kepulauan Borneo.

“Kemajuan dan pembanguna­n ini terhasil kerana kita mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di bawah Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Hati dan jiwa kita perlu kental perjuangka­n parti. Umno dan BN satusatuny­a ikatan paling unggul yang terbukti sebagai tunjang negara sejak merdeka DATUK AZIZ KAPRAWI Timbalan Menteri Pengangkut­an

 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an cenderamat­a kepada Arifin selaku wakil Perhubunga­n Umno Negeri Sabah.
SAPAWI menyampaik­an cenderamat­a kepada Arifin selaku wakil Perhubunga­n Umno Negeri Sabah.
 ??  ?? UPACARA menaikkan bendera Umno sebelum mesyuarat perwakilan bermula.
UPACARA menaikkan bendera Umno sebelum mesyuarat perwakilan bermula.
 ??  ?? AZIZ diberikan sambutan meriah sejurus tiba di Dewan Masyarakat Sipitang
AZIZ diberikan sambutan meriah sejurus tiba di Dewan Masyarakat Sipitang
 ??  ?? AZIZ dan Sapawi bersama sebahagian pemimpin Umno Bahagian Sipitang.
AZIZ dan Sapawi bersama sebahagian pemimpin Umno Bahagian Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI melakukan cabutan bagi pemilihan wakil tujuh Umno Sipitang.
SAPAWI melakukan cabutan bagi pemilihan wakil tujuh Umno Sipitang.
 ??  ?? SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an cenderamat­a kepada Aziz.
SAPAWI menyampaik­an cenderamat­a kepada Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia