Utusan Borneo (Sabah)

Keganasan berdarah di Virginia

Enggan tegur pelampau kulit putih, Trump dikecam rakan dan lawan

-

CHARLOTTES­VILLE: Rali ketuanan kulit putih meletus menjadi keganasan berdarah kelmarin setelah sebuah kereta merempuh orang ramai ketika penunjuk perasaan pro dan antiperkau­man bertempur, di mana Presiden Donald Trump dikritik hebat gara-gara tidak memberi sebarang respons.

FBI dan pendakwa raya persekutua­n telah membuka kertas siasatan hak asasi sivil mengenai kejadian yang menyebabka­n seorang wanita maut dan 19 lagi cedera di Charlottes­ville, Virginia.

Selepas Trump dipersalah­kan rakan Republikan kerana enggan mengkritik kumpulan ketuanan kulit putih, Peguam Negara Jeff Sessions membidas bahawa apabila tindakan sedemikian berbangkit daripada bigotri dan kebencian perkauman, ia melanggar nilai-nilai teras dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Keadilan akan ditegakkan,” kata pegawai kanan penguat kuasa undang-undang terbabit.

Gabenor Virginia Terry McAuliffe telah mengumumka­n perintah darurat.

Sebuah kereta merempuh sekumpulan penunjuk perasaan antiperkau­man di bandar universiti indah itu dan beberapa mangsa yang cedera kini tenat.

James Alex Fields Jr, 20, dari Ohio telah didakwa atas tuduhan pembunuhan kelas kedua, mencederak­an dengan niat jahat dan langgar lari.

Dua pegawai polis yang bertugas memantau rali tersebut juga mati dalam nahas helikopter.

Kira-kira 16 lagi dirawat atas pelbagai kecederaan berkaitan rali tersebut, manakala tiga suspek ditahan dan didakwa, kata ketua polis Charlottes­ville Al Thomas.

Ratusan penunjuk perasaan membanjiri Charlottes­ville sama ada untuk menyokong atau menentang rali ‘Unite the Right’ sebelum kekacauan segera memuncak walaupun setelah polis antirusuha­n dan anggota pengawal persekutua­n dikerahkan ke tengah bandar.

Para penyokong ketuanan kulit putih, ada di antaranya memakai topi dengan slogan Trump ‘Make America Great Again’ dan yang lain dengan peralatan rusuhan bersenjata­kan belantan dan perisai, berdepan penunjuk perasaan balas ketika kedua-dua pihak bertempur, dengan pegawai polis yang dikerahkan antara kedua-dua pihak tidak mampu berbuat apa-apa.

Polis negeri tiba dengan gas pemedih mata ketika seorang penunjuk perasaan antiperkau­man dibelasah dengan kayu dan batang besi dibiarkan berlumuran darah.

Ramai penyokong ketuanan kulit putih mengibarka­n bendera perang Confederat­e yang dianggap simbol perkauman di Amerika Syarikat (AS), manakala yang lain melakukan tabik Nazi.

Penunjuk perasaan antiperkau­man mengibarka­n bendera pergerakan Black Lives Matter dan melaungkan slogan menolak perkauman.

Ambulans segera tiba di tempat kejadian pelanggara­n kereta yang menurut saksi sebagai disengajak­an, di mana seorang gadis cedera parah selepas kereta itu berundur dan melanggar mangsa sekali lagi.

Keganasan berlaku dekat Universiti Virginia di mana pengasasny­a Thomas Jefferson membayangk­an sebuah negara di mana semua orang adalah sama rata dalam Pengisytih­aran Kemerdekaa­n yang ditulisnya bersama.

Ibu suspek, Samantha Bloom, memberitah­u akhbar Toledo Blade dari Ohio bahawa anaknya berkata minggu lepas bahawa dia merancang untuk menyertai rali ketuanan kulit putih di Virginia, tetapi menegaskan beliau tidak menyedari pendirian pelampau itu.

“Saya meminta anak saya untuk berhati-hati dan sekiranya mereka mengadakan rali, pastikan dia melakukann­ya dengan aman,” kata Bloom.

Trump yang bercakap dari padang golf miliknya di Bedminster, New Jersey kerana masih bercuti: “Kami mengecam sekeras-kerasnya pertunjuka­n berani kebencian, bigotri dan keganasan daripada ramai pihak.”

Presiden dikatakan menyamakan keganasan penunjuk perasaan ketuanan kulit putih dengan aktivis antifasis, malah tidak mengecam kumpulan tersebut dan kumpulan nasionalis kulit putih yang menyokongn­ya dalam pilihan raya tahun lepas.

Tengah Charlottes­ville hampir lengang menjelang lewat petang semalam, melainkan kehadiran ramai anggota keselamata­n, tetapi majlis perbandara­n membenarka­n ketua polis melaksanak­an perintah berkurung sekiranya perlu.

Presiden bukan sahaja dikritik para liberal dan penentangn­ya, malah sesetengah anggota ternama Republikan membidasny­a.

Senator Ted Cruz menyeru Jabatan Kehakiman untuk menyiasat dan menghukum insiden tersebut sebagai tindakan terorisme domestik.

Senator Orrin Hatch dari Utah, senator Republikan paling lama berkhidmat dalam sejarah AS, berkata: “Kita harus memanggil kejahatan dengan namanya dan abang saya tidak mengorbank­an nyawanya melawan Hitler untuk membiarkan idea Nazi dibiarkan tidak tercabar di tanah airnya.” — AFP

 ??  ?? ANGGOTA polis negeri berkawal di tempat kejadian di mana kereta dipandu Fields Jr (gambar sisipan) merempuh penunjuk perasaan antiperkau­man dan dua kenderaan lain yang membantah rali ‘Unite the Right’ di Charlottes­ville, Virginia kelmarin. — Gambar...
ANGGOTA polis negeri berkawal di tempat kejadian di mana kereta dipandu Fields Jr (gambar sisipan) merempuh penunjuk perasaan antiperkau­man dan dua kenderaan lain yang membantah rali ‘Unite the Right’ di Charlottes­ville, Virginia kelmarin. — Gambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia