Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara bebas paderi Kanada

-

OTTAWA: Seorang paderi Kanada yang dipenjarak­an di Korea Utara selama lebih dua tahun telah pulang ke rumah kelmarin beberapa hari selepas dibebaskan, menurut pihak berkuasa.

Hyeon Soo-lim, 62, ditangkap pada Januari 2015 bagi tuduhan subversif terhadap rejim Korea Utara, tuduhan yang dinafikan Ottawa.

Walaupun dihukum penjara dengan kerja berat seumur hidup, beliau dibenarkan ‘ikat jamin sakit’ selepas satu lawatan ke Pyongyang oleh penasihat keselamata­n negara Daniel Jean atas arahan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

“Pada hari ini, kita menyertai keluarga dan kongregasi Paderi Lim dalam menyambut kepulangan­nya yang lama dinantikan ke Kanada,” menurut kenyataan media kementeria­n luar.

“Kanada terlibat secara aktif dengan kes Lim dalam semua peringkat, dan kami akan terus menyokong beliau dan keluargany­a sekarang ketika beliau sudah pulang,” tambahya.

Menurut laporan media tempatan, Hyeon diterbangk­an ke pangkalan tentera di Trenton, kira-kira 170 kilometer di timur Toronto.

Pembebasan beliau berlaku ketika detik yang amat tegang di antara Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS).

Tiga rakyat AS masih berada dalam tahanan rejim Kim Jong-un.

Pyongyang mengugut untuk melancarka­n misil ke pulau Guam, kubu strategik AS di Pasifik kira-kira 3,300 kilometer dari Korea Utara.

Presiden AS Donald Trump bagi peranannya seperti yang dijanjikan telah menyatakan kenyataan marah dan tegang terhadap rejim Kim.

Lim, yang menyertai Gereja Light Presbyteri­an, telah dipertimba­ngkan ketika masa penahanann­ya sebagai salah seorang mubaligh Kristian paling berpengaru­h di Korea Utara.

Beliau sebelum ini telah pergi ke negara untuk bekerja di rumah anak yatim dan hospital.

Namun beberapa projek yang beliau lakukan, termasuk sebuah kilang mi dan kilang gandum, telah dikaitkan dengan pertubuhan Jang Song-thaek, bapa saudara yang disingkirk­an dengan kejam oleh Kim.

Jang telah ditangkap dan dihukum mati atas pensabitan pengkhiana­tan pada Disember 2013. — AFP

 ??  ?? HYEON disambut isterinya Keum Young-lim dan anak mereka James Lim sebaik tiba di Toronto, Ontario dalam gambar rakaman video serahan Gereja Light Presbyteri­an kelmarin. — Gambar Reuters
HYEON disambut isterinya Keum Young-lim dan anak mereka James Lim sebaik tiba di Toronto, Ontario dalam gambar rakaman video serahan Gereja Light Presbyteri­an kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia