Utusan Borneo (Sabah)

Tentera diserang di Quetta, 15 terkorban

-

QUETTA: Satu letupan yang sangat kuat menyasari sebuah kenderaan tentera malam kelmarin mengorbank­an sekurang-kurangnya 15 dan mencederak­an 32 lagi di barat daya Pakistan, menurut pihak berkuasa, dalam satu serangan yang diakui oleh kumpulan Islamic State.

Letupan berlaku di sebuah perhentian bas di Quetta, bandar utama bagi wilayah Balochista­n, dan kawasan yang mengalami kebakaran tidak lama selepas letupan.

Tentera Pakistan menyatakan letupan menyasari sebuah kenderaan bertugas dan menyebabka­n beberapa kenderaan lain terbakar.

“Bahan letupan yang direka untuk menyebabka­n kebakaran telah digunakan.

“Akibatnya beberapa kenderaan telah terbakar dan 15 orang termasuk tujuh orang awam telah terkorban,” menurut tentera.

Menteri dalam negeri wilayah Sarfraz Bugti dan jurucakap kerajaan Anwar ul Haq Kakar telah mengesahka­n angka kematian dan menyatakan jumlah mangsa yang tercedera adalah 32 orang.

Islamic State Wilayah Khorasan, kumpulan cawangan kumpulan Timur Tengah Afghanista­n dan Pakistan, telah mengeluark­an satu kenyataan mengakui bagi serangan itu, menurut kepada kumpulan pemerhati yang berpusat di AS SITE.

Seorang pengebom nekad bermotosik­al adalah dalang bagi letupan, menurut kenyataan.

Kumpulan kecil tempatan telah dikenali sebagai bekerja dengan kumpulan militan Pakistan dalam beberapa serangan sebelum ini.

Menteri Bugti menyatakan anggota bomba masih lagi berusaha untuk memadamkan kebakaran.

Sifat bagi letupan tidak dapat ditentukan dengan segera namun satu siasatan telah dilakukan, jelas beliau.

Presiden Mamnoon Hussain, Ketua bagi Kakitangan Tentera Qamar Javed Bajwa dan Perdana Menteri Nawaz Sharif yang dijatuhkan telah mengecam serangan tersebut.

Letupan muncul dua hari sebelum Hari Kemerdekaa­n Pakistan yang ke70, dan ketua tentera menyatakan ia sebagai satu usaha untuk menghalang sambutan.

“Tindakan kami tidak akan tunduk terhadap mana-mana cabaran,” kata beliau dalam satu kenyataan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KENDERAAN terbakar di tempat kejadian sejurus letupan bom menggegark­an Quetta, kelmarin.
— Gambar Reuters KENDERAAN terbakar di tempat kejadian sejurus letupan bom menggegark­an Quetta, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia