Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Arab tutup bandar Syiah

-

DUBAI: Pasukan keselamata­n di Arab Saudi menutup sebuah bandar majoriti Syiah di timur kerajaan yang diperintah Sunnah, menurut Human Rights Watch, berikutan keganasan beberapa bulan dan pertempura­n dengan polis.

Pihak berkuasa Arab minggu lepas menyatakan mereka telah merampas kawalan ke atas sebuah daerah di Awamiya, bandar di timur Qatif di mana bantahan telah bertukar menjadi perbalahan dengan pasukan keselamata­n sejak beberapa bulan ini.

HRW semalam menyatakan pasukan keselamata­n Arab Saudi telah mengepung dan menutup sepenuhnya Awamiya.

Kumpulan yang berpusat New York itu menyatakan bahawa berdasarka­n kepada imej perbanding­an satelit pada Februari dan Ogos, sebahagian besar bandar itu telah mengalami kerosakan yang agak teruk, termasuk infrastruk­tur awam.

“Pihak berkuasa Arab harus mengambil langkah segera bagi membolehka­n penduduk pulang ke rumah dengan selamat, membolehka­n perniagaan dan klinik dibuka semula, dan memberikan pampasan kepada penduduk atas kerosakan harta benda serta kemusnahan yang berpunca daripada pasukan keselamata­n,” pengarah HRW di Timur Tengah Sarah Leah Whitson berkata.

Pihak berkuasa Arab mempersala­hkan pengganas dan pengedar dadah atas keganasan terbaharu di Awamiya, di mana pertempura­n di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamata­n sejak Mei telah menyebabka­n orang awam dan anggota polis terkorban.

Bandar di timur Arab Saudi yang kaya minyak itu juga hab pergerakan bantahan jangka pendek pada 2011 yang diinspiras­ikan Arab Spring.

Salah seorang ketua pergerakan ulama Syiah Nimr alNimr dihukum mati pada Januari tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia