Utusan Borneo (Sabah)

Tanah runtuh di utara India, puluhan hilang

-

SHIMLA: Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi hilang selepas tanah runtuh menolak dua bas dari tepi bukit ke dalam sebuah gaung yang dalam di bahagian utara pergununga­n India, menurut seorang pegawai semalam.

Para pemandu bas tersebut berhenti untuk berehat dan minum petang sekitar tengah hari kelmarin di Himachal Pradesh ketika bertan-tan batu dan lumpur telah menimbus sebahagian besar laluan di sebatang lebuh raya kirakira 200 kilometer dari bandar utama negeri Shimla.

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian namun bekerja dalam keadaan gelap dan cerun yang curam, dengan pihak tentera kemudian telah menyertai usaha pencarian tersebut.

Enam mayat telah ditemui setakat ini namun terdapat kebimbanga­n bagi ramai lagi yang masih hilang, menurut Sandeep Kadam, seorang pegawai kanan di tempat kejadian.

“Sebuah bas lain telah terdampar 800 meter ke bawah cerun tepi bukit.

“Kami tidak pasti berapa ramai orang yang berada di dalam bas tersebut,” kata beliau.

Press Trust of India (PTI) melaporkan 30 dikhuatiri mati dalam kemalangan itu, sementara laporan lain mencadangk­an satu angka yang lebih tinggi.

Beberapa rumah dan kawasan setinggan turut musnah dalam kejadian tanah runtuh itu yang berlaku setelah hujan lebat selama beberapa hari di wilayah Himalaya itu.

Tanah runtuh lazim berlaku di India, terutama semasa musim monsun ketika hujan lebat menyebabka­n tanah lembap di tepi bukit.

Sekurang-kurangnya lima terkorban bulan lepas dalam kejadian banjir lumpur di negeri terpencil Arunachal Pradesh di sepanjang sempadan dengan China.

Ratusan terkorban di seluruh India dalam kejadian hujan lebat, banjir dan tanah runtuh sejak bermulanya musim monsun yang membawa hujan lebat pada April. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia