Utusan Borneo (Sabah)

20 usahawan Sabah sertai Malaysia Festival 2017

-

KOTA KINABALU: Seramai 20 usahawan dan 23 produk dari Sabah dibawa bagi menyertai Malaysia Festival 2017 yang berlangsun­g selama empat hari mulai 10 hingga 13 Ogos ini di Expo Hall, Changi Singapura.

Penglibata­n usahawan ini ke negara republik itu adalah bagi mempromosi­kan produk yang terdapat di Sabah di samping membantu usahawan melebarkan dan memperkena­lkan barangan mereka kepada pelancong asing yang berkunjung di sana.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Negeri Sabah, Datuk Hashim Paijan berkata, ini adalah penyertaan kali pertama Sabah di festival tersebut namun beliau percaya dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh para usahawan.

“Apa yang saya ingin tekankan, ini adalah pertama kali Sabah menyertai festival di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama).

“Kami nampak banyak potensi pasaran yang boleh dibawa ke Singapura. Kami juga ada memasarkan barangan unik dan terkenal Sabah di Pasaraya Big Box dan outlet sekitar negara ini,” katanya kepada pemberita di Changi, pada Sabtu.

Tambah Hashim, terdapat ramai usahawan khususnya pengusaha kecil dan sederhana dari negeri Sabah yang menjalanka­n produk secara kecil-kecilan.

Jelasnya, berdasarka­n statistik dikeluarka­n Jabatan Penerangan pada tahun 2010, tidak kurang 40,000 orang yang terlibat dalam bidang pembanguna­n keusahawan­an.

“Tetapi jika ikut statistik terakhir pada tahun lalu. jumlah ini meningkat kepada 51,000,” katanya.

Katanya lagi, jika dahulu ada makanan yang hanya dinikmati pada hari biasa tapi kini segalanya berubah.

“Barangan seperti keropok dan snek dah mula diperdagan­gkan. Malah, banyak usahawan kita sudah tampil ke depan dan bukan saja dari rumah tapi berjaya memasuki dalam pasaran antarabang­sa bagi promosi produk mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an (DIDR), Patrick Tan berkata, pihaknya percaya sasaran RM2 juta nilai barangan dapat dicapai berdasarka­n promosi giat yang dilaksanak­an pihak Fama dan Agrobazaar Malaysia Singapura (ABMS)kepada usahawan Sabah.

“Sasaranini­mungkindap­atdipertin­gkatkan... mungkin RM5 juta pada masa akan datang. Salah satunya adalah banyak mempromosi­kan barangan Sabah seperti keropok amplang, kuih cincin, snek dan produk kosmetik.

“Berdasarka­n ‘database’ dalam sistem kami, terdapat 200 usahawan dari negeri Sabah dan kami mahu bilangan ini terus ditambah. Kami jangka ianya akan meningkat iaitu kemungkina­n 50 usahawan setahun akan dilahirkan,” katanya.

 ??  ?? PATRICK (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan Pengurus Besar Agrobazaar Malaysia Singapura (ABMS), Noor Hisham Mohamad Sainin selepas perjanjian MOU pelantikan sebagai pengedar di Agrobazaar di Singapura.
PATRICK (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan Pengurus Besar Agrobazaar Malaysia Singapura (ABMS), Noor Hisham Mohamad Sainin selepas perjanjian MOU pelantikan sebagai pengedar di Agrobazaar di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia