Utusan Borneo (Sabah)

Risda disaran bantu usahawan

Pasar produk secara atas talian

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) disaran supaya dapat membantu semua usahawan bimbingan agensi itu memasarkan produk melalui aplikasi ‘online’ agar produk mereka mampu bersaing di masa hadapan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, penggunaan internet dan perniagaan online yang efektif akan mampu melebarkan pemasaran dan perniagaan usahawan Risda.

“Untuk menjadi usahawan yang maju dan berdaya saing, semua usahawan perlu melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n serta cara pemasaran terkini yang diamalkan oleh ramai pengusaha yang berjaya.

“Penghasila­n produk yang bermutu dan kos pengeluara­n yang rendah akan membantu usahawan untuk menghasilk­an produk yang kompetatif berdaya saing di dalam dan juga di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Risda peringkat negeri Sabah 2017 di Dataran Deasoka, pagi Ahad.

Yahya berkata, teknik pembungkus­an dan pelabelan terkini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh usahawan untuk menarik pelanggan sama ada dalam mahupun luar negara.

Selain itu katanya, usahawan Risda di negeri ini juga haruslah mengambil peluang dalam program yang ditawarkan Risda seperti Program Groom Big dan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

“Program Groom Big yang diperkenal­kan oleh Risda ini bakal melahirkan lebih

DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

ramai usahawan yang berpotensi untuk memajukan perniagaan dengan mencapai hasil jualan tahunan melebihi RM200,000.

“Selain itu, SDSI pula dapat memperkuku­h masyarakat setempat dengan aktiviti sosio ekonomi yang berdaya maju serta mencipta identiti sesebuah daerah melalui produk atau perkhidmat­an yang mempunyai nilai ekonomi dan berdaya saing,” katanya.

Jelasnya, ia adalah konsep berpersatu­an dan kemasyarak­atan agar sama-sama bekerjasam­a membantu memajukan perniagaan di bawah satu industri.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajar semua usahawan pekebun kecil merebut peluang berkenaan bagi menambahka­n lagi rangkaian perniagaan dan pemasaran masing-masing.

Seiring dengan usaha itu, Yahya berkata Risda tahun ini dilihat lebih merangka program pembanguna­n keusahawan­an bagi meningkat kualiti hidup pekebun kecil selain bergantung kepada komoditi getah dan sawit sahaja.

“Saya lihat banyak persediaan untuk menyeimban­gkan pendapatan dilaksanak­an Risda agar pekebun kecil lebih selesa dengan memperoleh sumber pendapatan kedua.

“Usaha ini dilaksanak­an melalui beberapa langkah dan inisiatif oleh Risda seperti memperuntu­kan RM 27 juta untuk aktiviti merangkumi Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), pembanguna­n produk, pembanguna­n premis perniagaan, aktiviti pemasaran, pameran, promosi dan membina jaringan strategik dengan agensi berkaitan,” katanya.

Mengenai karnival yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Jumaat lepas pula, beliau menyeru para usahawan agar dapat memanfaat sepenuhnya dalam semua aspek keusahawan­an agar dapat melangkah lebih jauh lagi dalam bidang perusahaan masing-masing.

Yahya juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu dan bekerjasam­a dengan Risda untuk meningkatk­an hasil perniagaan usahawan di negeri ini.

Seramai 35 usahawan bimbingan Risda dari pelbagai perusahaan dan 10 agensi lain terlibat dalam mengadakan pameran dan jualan sempena karnival berkenaan.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n)Risda Nasarudin Malek, Ahli Pihak Berkuasa Risda Mohd Zahari Mohd Zinin, Pengarah Bahagian Pembanguna­n Usahawan Halimah Abdul Kadir dan Pengarah Risda negeri Sabah Maizal Hakiman Nawawi.

“Penggunaan

internet dan perniagaan online yang efektif akan mampu melebarkan pemasaran dan perniagaan usahawan Risda.

 ??  ?? YAHYA (tiga kanan) menyampaik­an replika cek peruntukan Program Pembanguna­n Usahawan Risda Sabah bagi tahun ini kepada Maizal.
YAHYA (tiga kanan) menyampaik­an replika cek peruntukan Program Pembanguna­n Usahawan Risda Sabah bagi tahun ini kepada Maizal.
 ??  ?? YAHYA melawat tapak pameran usahawan bimbingan Risda yang dibuka sempena karnival itu.
YAHYA melawat tapak pameran usahawan bimbingan Risda yang dibuka sempena karnival itu.
 ??  ?? YAHYA (tiga kiri) menyampaik­an sijil Anugerah Usahawan Jaya Risda Sabah 2017 kepada Supi.
YAHYA (tiga kiri) menyampaik­an sijil Anugerah Usahawan Jaya Risda Sabah 2017 kepada Supi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia