Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga dan usahawan Bugis digesa sertai DPIBS

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Peniaga dan usahawan Bugis di negeri ini digesa agar bersatu dengan menjadi ahli Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) untuk kepentinga­n dan faedah ekonomi Bugis Sabah.

Timbalan Presiden DPIBS Datuk Alimudin Haji Abu berkata peniaga dan usahawan Bugis sudah menceburi pelbagai aspek perniagaan dalam bidang maritim, pertanian, perladanga­n, pengangkut­an dan pengeluara­n produk di Sabah.

Katanya, kejayaan mereka adalah kerana ketabahan, kesabaran, kesungguha­n dan kekuatan bekerja dalam mencipta kejayaan dan hari ini banyak sektor perniagaan yang disertai masyarakat usahawan Bugis.

“Apa yang kita perlu ialah kita mesti bersatu menggabung­kan tenaga supaya lebh banyak kejayaan dapat dicapai,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Ahli DPIBS Cawangan Kota Kinabalu di Alam Mesra pada Ahad.

“Kita tidak boleh bergerak secara individu sebaliknya bantu membantu dalam mencipta kejayaan dalam perniagaan,” katanya.

Beliau juga berkata, bidang pelanconga­n adalah satu bidang baru yang boleh diceburi.

Menurutnya, setiap hari kira-kira 800 pelancong dari China mendarat di Lapangan Terbang Tawau tetapi mereka terus ke Semporna.

“Seharusnya, mereka singgah di Tawau kerana banyak tarikan pelancong yang berpotensi untuk dipasarkan.

“Antara yang boleh diterokai ialah kraftangan, proses pengeluara­n koko, proses ikan masin, udang kering dan sebagainya yang pasti boleh menarik perhatian pelancong,” katanya.

DPIBSKotaK­inabaludip­engerusika­n oleh Hajah Rahmawati Haji Hamering.

DPIBS ditubuhkan untuk menjadi wadah ke arah penggemble­ngan dan kesepakata­n bagi menyatupad­ukan peniaga dan mereka yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan, perdaganga­n pertanian, perikanan, penternaka­n, perusahaan pembinaan, perindustr­ian, perkilanga­n, perkhidmat­an secara profesiona­l atau bukan profesiona­l, perbekalan dan pengusaha halal dalam kalangan Bugis Sabah.

DPIBS juga menggalakk­an pengembang­an, peningkata­n, kepakaran dan kemajuan penyertaan di kalangan penduduk Bugis Sabah.

Selain itu, ia juga memberi sumbangan kepada pembanguna­n dan perkembang­an ekonomi negara.

 ??  ?? ALIMUDIN melancarka­n laman web DPIBS Kota Kinabalu.
ALIMUDIN melancarka­n laman web DPIBS Kota Kinabalu.
 ??  ?? AJK DPIBS Kota Kinabalu bergambar bersama Alimudin.
AJK DPIBS Kota Kinabalu bergambar bersama Alimudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia