Utusan Borneo (Sabah)

Go Global komitmen Heriot-Watt sedia pengalaman pendidikan global sebenar

-

UNIVERSITI Heriot-Watt kampus Malaysia merupakan adalah salah satu daripada sebahagian kecil universiti antarabang­sa dalam negara yang menawarkan program pertukaran kampus seperti Go Global.

Dengan lima kampus di sekitar United Kingdom, Dubai dan Malaysia, Universiti HeriotWatt terkenal dengan pandangan globalnya.

Universiti itu turut menduduki tempat 40 teratas di kalangan universiti di dunia untuk prospek antarabang­sa oleh The World University Rankings 2016/17, serta di kedudukan ke-15 di UK bagi perkadaran pelajar antarabang­sa, dan ke-21 di UK untuk fakulti antarabang­sanya dalam QS World University Rankings 2017/18.

Go Global, membolehka­n para pelajar ditukarkan ke mana-mana kampusnya untuk jangka masa tertentu asalkan program dipengajia­n mereka ditawarkan kampus lain, terus memperkuku­hkan komitmen universiti dalam menyediaka­n pelajar dengan pengalaman pendidikan yang benar-benar global.

Program itu terbuka kepada pelajar-pelajar Heriot-Watt yang telah menamatkan pengajian asas dan meneruskan pengajian sarjana muda mereka, serta merupakan pelajar sarjana muda semasa.

Florence Ong Woei Yng, pelajar Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia (Kepujian) yang dipindahka­n dari Universiti Heriot-Watt kampus Malaysia ke kampus UK di Edinburge di bawah program pertukaran kampus Go Global, memberitah­u beliau amat teruja dengan pengembara­an dan pengalaman mendebarka­n yang menantinya di dunia luar.

Sebagai salah seorang pelopor program Go Global dari Malaysia, Florence berkata, beliau turut berbesar hati kerana berpeluang untuk mengalami pengalaman pembelajar­an di luar negara sambil menjalin persahabat­an baru dari seluruh dunia.

“Program ini membolehka­n saya menerima yang terbaik dari dua dunia; Saya mempunyai peluang untuk mengalami dan membanding­kan gaya hidup berbeza di negara-negara berbeza!

“Ini sememangny­a pengalaman membuka mata. Sebagai pelajar, kita peru merebut setiap peluang disediakan universiti, yang membolehka­n kita berdikari dalam dunia kompetitif,” katanya lagi.

Ketika berada di kampus UK, Florence menghadiri banyak acara-acara rangkaian yang dianjurkan oleh Sekolah Kejurutera­an dan Sains Fizikal (EPS) di sana.

“Universiti Heriot-Watt berada di satu langkah di hadapan, mengajar sukatan pelajaran yang sama di seluruh kampus dengan lancar tanpa masalah pada kursus tidak serasi atau pemindahan kredit yang tidak mencukupi.

“Uniknya, ia adalah satu daripada sebilangan kecil kampus cawangan asing di Malaysia yang menawarkan program pertukaran dan pemindahan.”

Selepas tamat pengajian di kampus UK, Florence terus berada di sana untuk bekerja di Glasgow, Scotland.

“Pengajian di luar negara mengajar seseorang untuk berdikari dan mempunyai disiplin diri dan ketekunan. Ia mendorong anda melepasi zon selesa tetapi anda pasti akan kagum dengan apa yang anda capai pada penghujung hari.

“Pengalaman itu benar-benar mengubah kehidupan. Justeru, menjadi pelajar global adalah merupakan keputusan terbaik yang saya buat setakat ini,” katanya lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai program Go Global, serta program-program dan biasiswa ditawarkan di Univerisit­i Heriot-Watt Malaysia, kunjungi kampusnya di Putrajaya pada Hari Permohonan pada 26 hingga 27 Ogos ini.

Orang ramai juga boleh melayari www.hw.edu.my atau hantarkan e-mel kepada hwum@ hw.ac.uk atau hubungi +603 8894 3888.

 ??  ?? BERMANFAAT: Florence Ong Woei Yng percaya Go Global menyediaka­n pengalaman berharga buat dirinya.
BERMANFAAT: Florence Ong Woei Yng percaya Go Global menyediaka­n pengalaman berharga buat dirinya.
 ??  ?? CANGGIH: Universiti Heriot-Watt Malaysia terletak di kampus canggih di Precinct 5, Putrajaya.
CANGGIH: Universiti Heriot-Watt Malaysia terletak di kampus canggih di Precinct 5, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia