Utusan Borneo (Sabah)

Pengajaran dalam telemovie ‘Maduku Telefon Bimbit’

-

SEORANG suami yang terlalu menumpukan perhatian kepada telefon bimbit sehingga menyebabka­n isteri rasa terabai dan seterusnya berlaku keretakan dalam keluarga dan perhubunga­n suami isteri.

Realitinya situasi sebegini berlaku dalam masyarakat kita sama ada sedar atau tidak.

Sekadar teladan dan pedoman untuk pengajaran semua, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk ‘Maduku Telefon Bimbit’ yang mengangkat konflik tersebut pada 16 Ogos ini, jam 11.00 malam menerusi saluran TV2.

Menampilka­n gandingan mantap Keith Foo dan Siti Saleha yang membawakan watak utama sebagai suami isteri, telemovie arahan Rahila Ali terbitan Elisa Vision Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Achong Sweet Child, Ieda Moin, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Kisahnya bermula dengan memperkena­lkan watak Salman dan Mastura adalah sepasang suami isteri muda yang baru menjalani hidup berumahtan­gga. Kehidupan mereka pada luarannya bahagia namun ada satu perkara yang membuatkan Mastura hilang sabar dengan sikap suaminya. Salman yang asyik menghadap telefon bimbit seolah-olah dirinya tidak wujud lagi.

Tindakan Salman itu membuatkan mereka sering bermasam muka dan bertengkar kerana Mastura berasa kurang diberi perhatian. Namun ianya tidak sedikit pun mendapat reaksi positif Salman. Dia tetap dengan hobinya menghadap telefon bimbitnya.

Apabila tiada pilihan lain Mastura menemui Shafie, seorang kaunselor rumah tangga. Melihat kepada penampilan Mastura yang membosanka­n, Shafie mencadangk­an agar dia mengubah penampilan­nya. Mastura cuba penampilan serba moden tetapi tidak berhasil juga.

Sementara itu Mastura berpura-pura berhubung rapat dengan Shafie dan sering menghadap telefon bimbitnya. Ketika itu Salman mula menyedari perubahan Mastura. Dia berdepan dengan Mastura dan Mastura mengugut akan meminta cerai dan berkahwin dengan Shafie.

Salman tiada pilihan lain terpaksa berjumpa dengan Shafie dan menangis agar Shafie tidak terus menjalinka­n hubungan dengan isterinya. Dia begitu kesal dengan tindakanny­a mengabaika­n isterinya itu selama ini. Ketika itu Shafie berterus-terang tentang hubunganny­a dengan Mastura yang sebenarnya. Adakah masih ada rasa cinta di hati Mastura untuk Salman? Ikuti kesudahann­ya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia