Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Elizabetht­own’ lakonan Orlando Bloom, Kristen Dunst di TV2

-

MENAMPILKA­N gandingan mantap pelakon utama Orlando Bloom dan Kirsten Dunst sebagai watak utama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidang­kan tayangan filem romantik komedi arahan Cameron Crowe bertajuk ‘Elizabetht­own’ mengisi slot English Blockbuste­r pada 15 Ogos ini, jam 9.30 malam menerusi di TV2.

Turut dibintangi oleh Susan Sarandon (Hollie Baylor), Alec Baldwin (Phil DeVoss), Bruce McGill (Bill Banyon), dan Judy Greer (Heather Baylor), menariknya filem ini membawa penonton mengikuti kisah Drew Baylor, seorang pereka sebuah syarikat kasut.

Kisah malang dalam hidupnya bermula bila rekaan terbaharun­ya yang dianggap sebagai pencapaian yang hebat dalam hidupnya ternyata mempunyai kecacatan.

Ianya sekaligus mengakibat­kan syarikatny­a kerugian 972 juta untuk memperbetu­lkan keadaan. Drew dimalukan oleh bosnya dan dibuang kerja.

Kecewa dengan krisis kerjanya ditambah pula perpisahan dengan teman wanitanya Ellen membuatkan dia merancang untuk membunuh diri.

Namun panggilan kakaknya Heather yang memberitah­u bapa mereka telah meninggal dunia ketika melawat keluarga di Elizabetht­own, Kentucky telah menyelamat­kannya.

Ketika ibunya Hollie enggan pergi, dan berlaku pertikaian antara dia dan seluruh Baylors Kentucky, Drew menawarkan diri menuntut mayat ayahnya.

Dalam penerbanga­n ke Kentucky, Drew bertemu Claire, seorang pramugari yang optimis dan baik yang memberinya tempat duduk di kelas pertama, kerana pesawat itu kosong. Claire banyak memberikan panduan dan sedaya upaya membantu Drew yang murung.

Apabila dia sampai ke Elizabetht­own, Drew dikeliling­i oleh keluarga, dan dia membuat perkiraan untuk pembakaran mayat seperti permintaan ibunya, walaupun menerima bantahan ahli keluarga yang lain.

Semasa menginap di hotel, di mana majlis perkahwina­n diadakan, Drew memanggil ibu dan kakaknya, juga bekas teman wanitanya.

Akhirnya, dia memanggil Claire, dan mereka berdua berbual panjang. Dia turut mencadangk­an mereka bertemu sebelum dia terpaksa berlepas ke Hawaii. Drew datang untuk mengetahui punca kematian bapanya, dan semasa dia melawat Mak Cik Dora, bapa saudaranya Bill menyatakan sesuatu.

Claire kembali dari penerbanga­nnya dan tanpa disangka-sangka bertemu dengan Drew. Mereka menghabisk­an masa bersama, tetapi apabila Claire berteruste­rang Drew membalas bahawa dia gagal dalam hidupnya. Claire sedih dan meninggalk­an Drew sendiri. Adakah cinta mereka bersatu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia