Utusan Borneo (Sabah)

Sedia generasi muda penuhi pekerjaan sejajar teknologi

-

KUCHING: Perkembang­an pesat teknologi masa ini bakal merubah dan membentuk peluang pekerja baharu masa hadapan.

Sehubungan itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa ibu bapa supaya peka perubahan untuk memastikan generasi muda dapat memenuhi permintaan pekerjaan baharu itu kelak.

Malah, tegasnya, ibu bapa juga perlu memastikan pendidikan yang diberikan kepada anak selari dengan perkembang­an dan peluang pekerjaan semasa.

“Saya yakin pekerjaan masa sekarang akan pupus atau hilang pada masa hadapan kerana perkembang­an pesat teknologi sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan baharu zaman tersebut.

“Inilah perkara perlu kita ambil berat agar anak-anak kita dapat memenuhi peluang pekerjaan baharu itu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan simbolik ibadah Korban bagi kawasan Parlimen Petra Jaya sempena Hari Raya Aidiladha di sebuah restoran di Jalan Astana di sini, pada Sabtu.

Fadillah memberitah­u pada masa hadapan kemungkina­n perkhidmat­an pemandu teksi tidak lagi wujud ekoran kepesatan teknologi masa kini.

“Pada masa depan kita akan lihat kenderaan awam akan bergerak tanpa pemandu dikawal sistem pengkomput­eran.

“Keadaan ini boleh kita saksi di Kuala Lumpur kerana perkhidmat­an MRT kita digerak tanpa pemandu. Justeru, ia telah diiktiraf pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Menyentuh mengenai kemakmuran suasana hidup masyarakat di negara ini, Fadillah berkata ia membolehka­n kerajaan merancang dan melaksanak­an pembanguna­n dengan lebih efisen untuk keselesaan rakyat.

“Justeru, saya berharap suasana aman dan perpaduan kukuh antara masyrakat berbilang kaum dan agama dapat dikekal supaya kita terus membangun dalam keadaan harmoni serta teratur,” ujarnya.

Pada majlis itu, Fadillah memberitah­u pada Hari Raya Aidiladhat­ahuniniPar­limen Petra Jaya menyumbang sebanyak 69 lembu korban untuk diagihkan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

 ??  ?? FADILLAH (tengah) menyerahka­n replika lembu korban kepada wakil penerima bagi Parlimen Petra Jaya.
FADILLAH (tengah) menyerahka­n replika lembu korban kepada wakil penerima bagi Parlimen Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia