Utusan Borneo (Sabah)

Wabak rabies diyakini 90 peratus terkawal

Tiada lagi sampel positif sejak 24 Julai 2017, operasi diharap beri banyak pengalaman

-

“Harapan semoga operasi menangani wabak ini dapat memberi pengalaman kepada semua terlibat terutama dalam mendapat laporan harian, mapping, survelan, vaksinasi dan pengawalan haiwan reservoir.” DATUK DR QUAZA NIZAMUDDIN HASSAN NIZAM Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Malaysia

KUCHING: Wabak rabies berlaku diyakini 90 peratus terkawal pada Ogos ini memandangk­an tiada lagi sampel positif sejak 24 Julai 2017.

Demikianka­taKetuaPen­garahPerkh­idmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam semasa pertemuan singkat bersama pegawai veterinar dari Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia di Bilik Operasi Jabatan Veterinar Sarawak di sini, pada Sabtu.

“Memandangk­an tiada lagi sampel positif sejak 24 Julai 2017, kita yakin bahawa pada Ogos ini wabak rabies adalah 90 peratus terkawal.

“Harapan semoga operasi menangani wabak ini dapat memberi pengalaman kepada semua terlibat terutama dalam mendapat laporan harian, mapping, survelan, vaksinasi dan pengawalan haiwan reservoir,” katanya.

Tambah beliau, setiap petugas juga perlu waspada supaya tidak terkena gigitan atau sebarang kemalangan tidak diingini dan kebajikan petugas wabak perlu dijaga dengan memberi masa rehat yang cukup dengan bertugas secara giliran.

“Pengawalan populasi anjing liar dan terbiar terpaksa dilakukan walaupun terdapat pelbagai halangan kerana statusnya tidak dapat dipastikan sama ada ia dijangkiti atau tidak bagi menyelamat nyawa manusia dari dijangkiti penyakit tersebut.

“Penubuhan zon penampan (buffer zone) adalah komitmen jangka masa panjang kerana ianya melibatkan tambahan tenaga kerja dan kos, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan jarak 300 ke 400 km.

“Kerjasama dan maklumat dari Kalimantan Barat, Timur dan Utara juga perlu diperolehi bagi tujuan yang sama,” katanya.

Sementara itu menurut kenyataan akhbar, sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat Sabtu Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) hanya mengadakan Program Pemvaksina­n di lapan buah kampung di Daerah Bau kerana memberi laluan kepada Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) di Sematan, Lundu.

Setakat jam 3 petang, sebanyak 304 ekor anjing telah divaksin dan secara kumulatif, sebanyak 30,191 ekor haiwan kesayangan yang terdiri dari 22,549 ekor anjing, 7,597 ekor kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin.

Sebanyak 33,827 survelan aktif dan 733 survelan pasif untuk mengawal penularan wabak Rabies telah dilakukan oleh JPVS di kawasan Serian, Kuching dan Sri Aman.

Sejumlah 175 sampel yang terdiri daripada 157 sampel anjing, 17 sampel kucing dan 1 sampel kelawar yang diperolehi dari Bahagian Kuching, Sri Aman, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Miri telah dihantar ke VRI, Ipoh untuk ujian virus Rabies.

Bilangan sampel positif virus Rabies melalui ujian Direct Fluorescen­t Antibody Test (FAT) masih kekal 33 sampel anjing dan 6 sampel kucing daripada 157 keputusan sampel diterima dari VRI, Ipoh.

Secara kumulatifn­ya, seramai 898 orang telah menerima suntikan vaksin anti-Rabies.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia