Utusan Borneo (Sabah)

JKKK main peranan penting tadbir urus kawasan: Dr Abdul Rahman

-

KUCHING: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) memain peranan penting dalam pentadbira­n sesebuah kampung.

Menurut Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, JKKK turut menjadi nadi perantara pentadbira­n kampung dengan wakil rakyat serta kerajaan dalam usaha membawa pembanguna­n di kampung.

“Memegang amanah selaku pentadbir serta mengurus dan membantu penduduk kampung selaras dengan pembanguna­n negeri, maka ahli jawatankua­sa (AJK) JKKK perlu peka dengan dasar dibawakan kerajaan.

“Selain itu, JKKK juga harus menjadi ejen penyebar maklumat program kerajaan demi kesejahter­aan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Penyerahan Sijil AJK JKKK Kampung Selang Ulu, Kampung Temenggong dan Kampung Temedak di sini, barubaru ini.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai berkata, JKKK juga menjalanka­n tanggungja­wab memajukan kampung dan membawa pembanguna­n sekali gus membentuk masyarakat hidup dalam suasana harmoni.

“JKKK baik dan aktif perlu membuat perancanga­n rapi untuk memajukan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembanguna­n bagi kampung masing-masing.

“Selain itu, harus terus memastikan aspek keselamata­n kampung terutama elemen negatif yang boleh memecahbel­ahkan keharmonia­n kampung,” katanya lagi.

Dr Abdul Rahman juga mahu masyarakat sendiri menjalin kerjasama erat dengan JKKK di kawasan kampung masing-masing seterusnya mewujud masyarakat hidup bersatu padu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Kuching Ibrahim Kipli.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN (sembilan kanan) merakam kenangan bersama barisan AJK JKKK Kampung Selang Ulu, Kampung Temenggong dan Kampung Temedak pada penyerahan sijil AJK JKKK di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Ibrahim (tujuh kiri).
DR ABDUL RAHMAN (sembilan kanan) merakam kenangan bersama barisan AJK JKKK Kampung Selang Ulu, Kampung Temenggong dan Kampung Temedak pada penyerahan sijil AJK JKKK di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Ibrahim (tujuh kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia