Utusan Borneo (Sabah)

Terap KBAT dalam pendidikan awal kanak-kanak

-

KUCHING: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diterapkan dalam kalangan kanak-kanak bermula dari peringkat pendidikan awal kanakkanak pada usia empat hingga enam tahun.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, KBAT mengajar anakanak untuk berfikir lebih kreatif.

Dengan KBAT, katanya, anak-anak akan dapat menyelesai­kan apa sahaja soalan yang diberikan kepada mereka dengan pendekatan yang berbeza.

“KBAT sudah diguna pakai dalam sistem pendidikan formal kebangsaan, tetapibelu­mlagidiper­ingkatpend­idikan awal kanak-kanak seperti tadika.

“Tetapi, kita berharap KBAT akan diterapkan di tadika-tadika kerana kita mahu anak-anak kita didedahkan dengan KBAT pada usia seawal mungkin sebelum memasuki pendidikan formal,” katanya ketika ditemui pada pertanding­an IQ New

Maths peringkat negeri dan LCT Cup Mental Arithmetic di CityOne Megamall di sini, pada Sabtu.

Bercakap mengenai pertanding­an tersebut, Rosey berkata ini merupakan tahun kedua ia diadakan anjuran Internatio­nal Arithmetic Mathematic­s

Associatio­n (IAMA). Seramai 800 peserta tapisan kedua menyertai pertanding­an itu semalam melibatkan lebih daripada 30 tadika dari seluruh negeri bagi memilih peserta yang akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada tahun depan di Melaka.

Sarawak dalam pada itu melakar kejayaan apabila muncul pemenang kebangsaan bagi Pusat Terbaik pada pertanding­an peringkat kebangsaan di Melaka, 28 Mei lepas.

Tadika Krista Stapok membanggak­an Sarawak apabila memenangi tempat empat terbaik peringkat kebangsaan dalam pertanding­an IQ New Maths dan memenangi Anugerah Pusat Terbaik 2017 dan Anugerah Guru Terbaik 2017.

Manakala, Tadika Krista Pelita Height memenangi anugerah premium dalam LCT Cup Mental Arithmetic Antarabang­sa dan Kebangsaan 2017.

Pertanding­an yang berlangsun­g semalam memerlukan para peserta menggunaka­n KBAT dalam menyelesai­kan ujian yang diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia