Utusan Borneo (Sabah)

Pindah penyelesai­an terbaik atasi hakisan sungai

-

KUCHING: Memindahka­n penduduk mendiami kawasan tebingan Sungai Bako di sini ke satu kawasan perkampung­an lebih selamat merupakan langkah terbaik menyelesai­kan masalah hakisan tebingan sungai.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, langkah itu juga lebih wajar berbanding berbelanja sehingga RM20 juta bagi membina tembok konkrit kerana hakisan berpotensi berlaku dan menjejaska­n penduduk pada masa hadapan.

“Hakisan ini akan terus berlaku pada masa akan datang selagi masih ada pasang surut air sungai.

“Justeru, langkah wajar yang dapat difikir ialah memindah penduduk tinggal sepanjang tebingan sungai ini kira-kira 200 meter ke kawasan perkampung­an baharu yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan tapak ke kawasan hakisan di tebingan Sungai Bako Hulu, pada Sabtu.

Katanya, apabila penduduk terlibat dipindah, kawasan yang merupakan tapak kediaman penduduk itu akan dibina Tebingan Sungai Bako yang lebih baik dengan kemudahan asas diperlukan penduduk termasuk klinik, dewan, masjid, sekolah dan sebagainya di kawasan sekitar kampung itu.

“Ini lebih berbaloi berbanding kita berbelanja sehingga RM20 juta hanya untuk membina tembok menggunaka­n konsep ‘sheet pile’.

“Perkara ini akan saya bawa ke peringkat kerajaan negeri dalam perjumpaan saya dengan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg nanti,” jelasnya.

Ujar Ahli Parlimen Santubong itu, beliau juga akan mendapatka­n maklumat, pandangan serta persetujua­n penduduk kampung terlibat bantuan ketua kaum serta ketua parti sedia ada di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia