Utusan Borneo (Sabah)

Park sasar enam pingat emas acara menembak KL2017

-

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad menembak kebangsaan, Park Sang-soon yakin anak buahnya bakal menyumbang­kan lima atau enam daripada 14 pingat emas yang dipertaruh­kan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Berasal dari Korea Selatan, jurulatih berusia 58 tahun itu berkata sasaran itu boleh dicapai berdasarka­n prestasi semasa penembak yang telah mempamerka­n persembaha­n yang baik dalam beberapa pertanding­an seperti Trofi Tun Hanif dan Kejohanan Menembak Kebangsaan selepas menjalani latihan ketat selama enam minggu pada Jun di Korea Selatan.

“Ini adalah peringkat paling penting bagi penembak untuk mempersiap­kan diri mereka, tambahan pula mereka bakal hadapi cabaran getir pada hari pertanding­an,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di Subang di sini hari ini.

Park berkata juara bertahan Thailand dan Singapura merupakan ancaman utama Malaysia untuk meraih keputusan positif pada edisi Sukan SEA ke-29 tetapi beliau tetap yakin penembak kebangsaan boleh melaksanak­an tanggungja­wab itu.

Park yang menerajui skuad kebangsaan sejak November 2016, percaya Thailand akan memberi saingan sengit kepada penembak negara dalam acara raifal manakala Singapura acara pistol 25m.

Dalam pada itu, penembak raifal kebangsaan, Muhammad Ezuan Nasir Khan yakin kelebihan beraksi di laman sendiri mampu membantuny­a meraih pingat emas selain memperbaha­rui rekod peribadi dalam dua acara yang disertainy­a iaitu 10m air rifle individu dan 50m rifle prone.

Beliau menegaskan latihan intensif di Korea Selatan pada Jun lepas di bawah pengawasan Park banyak membantu meningkatk­an persembaha­nnya sejak kebelakang­an ini.

Mengulas mengenai persiapan fasa akhir menjelang Sukan SEA, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia itu memaklumka­n latihan pada kali ini lebih berbentuk santai namun beliau sentiasa mendapatka­n nasihat daripada jurulatih bagi mengurangk­an kesilapan ketika membuat bidikan.

“Saya juga lebih bersemanga­t untuk menghadapi Sukan SEA kali ini walaupun ada sedikit tekanan untuk membuat bidikan yang mantap.

“Apa yang perlu saya tambah baik ketika ini, adalah dari segi teknik tembakan dan jurulatih sentiasa betulkan kesilapan saya dan ia memberi motivasi kepada saya untuk melakar keputusan positif pada kali ini,” tegas Muhammad Ezuan yang bakal membuat penampilan kali keempat pada Sukan SEA. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia