Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak ujian doping Pada Sukan SEA Kuala Lumpur

-

KUALA LUMPUR: Lebih banyak ujian dadah akan dijalankan pada Sukan SEA Kuala Lumpur termasuk pemeriksaa­n darah yang diperkenal­kan pada Sukan Singapura untuk membersihk­an temasya itu daripada penipu.

Lebih 4,000 atlet daripada 11 negara bakal berdepan teknologi anti-doping canggih mengikut standard ujian dadah Olimpik, menurut Datuk Dr S. S. Cheema, yang mengetuai Jawatankua­sa Perubatan dan Anti-Doping Kuala Lumpur 2017.

“Tidak mungkin dapat melepaskan diri kerana kami akan melakukan ujian air kencing dan juga sampel darah. Sebaik sahaja atlet mendaftar masuk ke bilik hotel mereka, kami akan mula melakukan ujian secara rawak atau ujian selepas pertanding­an pada bila-bila masa. Pemenang pingat akan diuji 100 peratus,” katanya kepada Bernama menjelang pembukaan rasmi temasya dwitahunan itu pada 19 Ogos.

Jumlah ujian akan lebih banyak pada kali ini kerana Malaysia menganjurk­an 38 jenis sukan membabitka­n 404 acara berbanding 36 jenis sukan dan 402 acara di Singapura, kata Dr Cheema.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n berapa banyak sampel akan diuji berbanding lebih 600 oleh negara pulau itu.

Beliau menerajui pasukan 150 petugas termasuk 80 pegawai kawalan anti-doping daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk mengambil sampel yang akan dihantar untuk ujian di New Delhi, India, dan keputusann­ya dijangka dalam tempoh seawal 48 jam.

Keputusan positif atau sebarang dapatan analitikal advers akan dilaporkan kepada Pertubuhan Anti-Doping Rantau Asia Tenggara (SEA RADO) dan jawatankua­sa pengelola Sukan.

Antara bahan terlarang yang sering disalah guna adalah ubat-ubatan yang tidak dibenarkan untuk mengurangk­an berat badan dan meningkatk­an prestasi, agen penyamaran untuk menyembuny­ikan kehadiran dadah lain dan erythropoi­etin, atau lebih dikenali sebagai doping darah, kata Dr Cheema, yang merupakan pengerusi bahagian perubatan Majlis Olimpik Malaysia sejak tujuh tahun lepas.

“Jenis bahan digunakan bergantung pada jenis sukan, seperti ‘beta blockers’ untuk memastikan tangan tidak ber- goyang dalam sukan seperti menembak dan memanah, steroid untuk kelajuan dan kekuatan stamina, diuretik untuk mengurangk­an berat badan supaya mereka boleh bertanding dalam kategori berbeza. Setiap sukan ada ruang untuk penipu, “katanya.

Beberapa negara peserta sudahpun mengambil langkah berjaga-jaga dan telah menyerahka­n lebih 100 permohonan perubatan kepada Jawatankua­sa Pengecuali­an Penggunaan Terapeutik (TUE) di bawah Dr Cheema seperti ditetapkan dalam kod Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Bagaimanap­un, kebanyakan permohonan itu tidak terletak di bawah skop TUE, bermakna ia dibenarkan oleh WADA, katanya.

Berhubung perkhidmat­an perubatan, Dr Cheema berkata kira-kira 1,700 staf dan 80 ambulans akan disediakan dengan doktor dan pegawai perubatan ditempatka­n di arena pertanding­an dan bilik perubatan di pelbagai venue.

“Malah kami akan tempatkan pakar-pakar untuk sukan berimpak tinggi seperti ragbi, Kami mempunyai dua pusat perubatan Sukan iaitu di Institut Sukan Negara dan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan kes-kes serius akan dirujuk ke hospital terdekat,” katanya. -Bernama

Tidak mungkin dapat melepaskan diri kerana kami akan melakukan ujian air kencing dan juga sampel darah. Sebaik sahaja atlet mendaftar masuk ke bilik hotel mereka, kami akan mula melakukan ujian secara rawak atau ujian selepas pertanding­an pada bila-bila masa. Pemenang pingat akan diuji 100 peratus. DATUK DR S. S. CHEEMA Ketua Jawatankua­sa Perubatan dan Anti-Doping Kuala Lumpur 2017

 ??  ?? DR SURINDER ditemubual wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengenai usaha mengawasi kegiatan doping di kalangan para atlet sempena Sukan SEA Ke- 29. -Gambar Bernama
DR SURINDER ditemubual wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengenai usaha mengawasi kegiatan doping di kalangan para atlet sempena Sukan SEA Ke- 29. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia