Utusan Borneo (Sabah)

Jessica Keng pilihan pertama Skuasy Remaja Asia

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAKINABA­LU:Pemain muda berbakat dari Sabah; Jessica Keng Jia Hui diletak sebagai pilihan pertama di Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia Ke-24, 2017.

Jessica bersama lapan pemain Malaysia akan menyertai kejohanan lima hari itu di Amman, Jordan bermula 15-19 Ogos.

Lapan pemain yang turut mewakili negara terdiri dari Kiroshanna Manoharan, Nur Aliah Izzati Mohd Anis, Aira Azman, Joachim Chuah Han Wen, Danial Nurhaquim Shahrul Izham, Mohd Amir Amirul Azhar, Mohd Hafiz Zhafri Abd Harif dan Siow Yee Xian.

Mereka diiringi oleh pengurus merangkap jurulatih Shahrul Izham dibantu oleh jurulatih Andrew Cross berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangs­a Kuala Lumpur (LTAKL) pada Ahad.

Jika susunan perlawanan memihak pada Jessica, pemain itu yang bersaing dalam peringkat umur 15 tahun ke bawah perempuan, dijangka akan bertemu rakan senegara Kiroshanna yang diletak sebagai pilihan kedua.

Selain Jessica, empat pemain dari negara ini juga diletak sebagai pilihan pertama kategori masingmasi­ng termasuk Yee Xian dalam peringkat umur 17 tahun ke bawah lelaki.

Turut beraksi dalam kategori itu ialah Danial dan Muhd Hafiz yang diletak sebagai pilihan ke-3/4.

Muhd Amir diletak sebagai pilihan pertama peringkat umur 15 tahun ke bawah lelaki, Joachim diletak sebagai pilihan pertama peringkat umur 13 tahun ke bawah lelaki dan Aira Azman diletak sebagai pilihan pertama peringkat umur 13 tahun ke bawah perempuan.

Seorang lagi pemain negara, Nur Aliah yang bersaing dalam peringkat umur 19 tahun ke bawah perempuan, diletak sebagai pilihan ke-5/8.

 ??  ?? JESSICA Keng (empat kiri) bersama jurulatih Shahrul (dari kiri), Kiroshanna, Nur Aliah, Aira, jurulatih Andrew, Joachim, Danial, Mohd Amirul, Mohd Hafiz dan Yee Xian sedia berlepas ke Jordan dari LTAKL pada Ahad.
JESSICA Keng (empat kiri) bersama jurulatih Shahrul (dari kiri), Kiroshanna, Nur Aliah, Aira, jurulatih Andrew, Joachim, Danial, Mohd Amirul, Mohd Hafiz dan Yee Xian sedia berlepas ke Jordan dari LTAKL pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia