Utusan Borneo (Sabah)

Gempa 6.4 gegar Sumatera

-

JAKARTA: Satu gempa bumi sekuat 6.4 telah melanda luar pulau Sumatra di Indonesia kelmarin namun terdapat tiada risiko tsunami, menurut ahli seismologi ketika penduduk yang panik meninggalk­an rumah mereka.

Gempa bumi telah melanda pada kedalaman 35 kilometer jam 10.08 pagi waktu tempatan kira-kira 73 kilometer di barat Bengkulu, menurut United States Geological Survey.

“Gempa bumi adalah agak kuat dan cetek, ia telah dirasai sepanjang jalan ke Padang, Sumatra Barat, namun tiada ancaman tsunami,” kata Mochammad Riyadi, seorang pegawai di agensi meteorolog­i dan geofizik Indonesia.

Beliau menyatakan pihak berkuasa telah memeriksa sekiranya terdapat mana-mana kematian atau kecederaan serta kerosakan.

Penduduk Bengkulu Neng Hasnah menyatakan gempa bumi tersebut dirasai sangat kuat selama beberapa saat, memaksa beliau dan ahli keluargany­a untuk meninggalk­an rumah mereka.

“Saya mendukung cucu perempuan saya yang berusia tujuh bulan dan terpaksa lari, semua jiran tetangga turut berlari keluar dari rumah mereka,” jelas Hasnah.

Indonesia terletak dalam ‘Lingkaran Api’ Pasifik di mana plat tektonik bumi kerap berlanggar, menyebabka­n aktiviti seismik dan gunung berapi.

Satu gempa bumi melanda wilayah Aceh di barat Indonesia pada Disember 2016, mengorbank­an lebih 100 orang, mencederak­an ramai orang lagi serta menyebabka­n puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia