Utusan Borneo (Sabah)

Krisis oksigen di hospital India, 64 maut

Pihak berkuasa Uttar Pradesh bagaimanap­un dakwa penyakit adalah punca kematian

-

GORAKHPUR: Seorang sekutu utama Perdana Menteri India Narendra Modi digesa meletak jawatan selepas sekurang-kurangnya 64 kanak-kanak mati di sebuah hospital kerajaan di utara India yang mengalami kekurangan oksigen.

Yogi Adityanath, ketua menteri negeri Uttar Pradesh di mana kes berlaku, melawat hospital tersebut semalam ketika ahli keluarga mangsa yang berang membanjiri hospital menuntut jawapan.

Kesemua kematian tersebut berlaku dalam tempoh enam hari, di mana media tempatan melaporkan 30 kanak-kanak mati pada Khamis dan Jumaat gara-gara kekurangan oksigen dalam wad pediatrik.

Bil pembekal didakwa tidak dibayar, sekali gus menyebabka­n kekurangan bekalan yang menyaksika­n ahli keluarga yang panik menggunaka­n beg pernafasan tiruan yang ditekan secara manual.

Pegawai tempatan mengakui terdapat gangguan bekalan oksigen di hospital tersebut di Gorakhpur, tetapi menegaskan punca kematian tersebut adalah ensefaliti­s dan penyakit lain, bukannya kerana kekurangan oksigen.

Ensefaliti­s lazim berlaku semasa musim monsun yang sedang membadai India ketika ini.

“Kami yakin tiada nyawa yang hilang kerana episod ini,” kata pegawai kanan kesihatan kerajaan di Gorakhpur semalam yang enggan dikenal pasti.

Tetapi keluarga mangsa mempertika­ikan kenyataan tersebut serta menggambar­kan suasana panik dan kacaubilau ketika para pesakit mulai bergelut akibat kekurangan oksigen secara tiba-tiba.

“Sebaik sahaja kami sampai ke hospital, kami diserahkan satu pam kecil dan diminta untuk terus mengepam.

“Saya berbuat begitu selama tiga setengah jam,” kata bapa seorang mangsa Shailendra Gupta, dipetik sebagai berkata oleh akhbar Sunday’s Indian Express.

“Keesokan harinya, kami dimaklumka­n anak kami sudah mati.”

Pesuruhjay­a polis Gora- khpur Anil Kumar berkata semalam bahawa 11 lagi kanak-kanak mati di hospital itu kelmarin.

“Tetapi saya mengulangi sekali lagi, mereka meninggal dunia bukan kerana kekurangan bekalan oksigen,” katanya.

Para doktor mengaku bekalan oksigen terganggu selama dua jam lewat Khamis tetapi mendakwa tiada kematian berlaku pada ketika itu.

Pecahan angka kematian di hospital itu menunjukka­n peningkata­n pada Khamis apabila 23 kanak-kanak kecil mati, termasuk 14 bayi di unit neonatal.

Pengarah Kolej Perubatan Baba Raghav Das (BRD) kendalian kerajan itu digantung sementara menunggu inkuiri ke atas masalah kekurangan oksigen yang didakwa berpunca daripada bil tidak berbayar hampir AS$100,000, ada di antaranya sejak November tahun lepas.

Isu bil tidak berbayar bagi bekalan oksigen menjadi pertikaian di antara pihak hospital dan kerajaan negeri selepas pengarah hospital Rajeev Misra menuduh pegawai negeri tidak mempedulik­an permintaan­nya untuk wang.

“Saya menulis sekurangku­rangnya tiga surat ,” kata Misra kepada wartawan televisyen kelmarin, sambil menambah bahawa beliau turut membangkit­kan isu tersebut dalam perbincang­an persidanga­n video.

Menteri kesihatan negeri bagaimanap­un mendakwa tiada isu bil tidak berbayar telah dibawa kepada perhatian mereka dan semua permintaan untuk dana dibayar sertamerta.

Ketika kemarahan awam memuncak mengenai kematian tersebut, parti pembangkan­g dan pengkritik kerajaan mengetuai seruan bagi peletakan jawatan Adityanath.

Sami Hindu lantang itu yang menang mudah negeri terbesar India itu pada Mac, melawat wad-wad hospital semalam dengan jubah jingga sami serta bertopi dan bertopeng muka perubatan biru.

“Insiden ini berlaku akibat kelalaian kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri bertanggun­gjawab sepenuhnya atas perkara ini,” kata Ghulam Nabi Azad, ketua kanan parti pembangkan­g utama Parti Kongres India, lewat kelmarin.

“Ketua menteri, menteri kesihatan dan setiausaha kesihatan harus meletak jawatan serta-merta.

“Para doktor tidak harus dipersalah­kan dalam kejadian ini,” tegasnya. — AFP

“Sebaik sahaja kami sampai ke hospital, kami diserahkan satu pam kecil dan diminta untuk terus mengepam. SHAILENDRA GUPTA Bapa Mangsa

 ?? AFP — Gambar ?? SEPASANG suami isteri menangisi kematian bayi mereka di hospital Baba Raghav Das di Gorakhpur, negeri utara Uttar Pradesh kelmarin.
AFP — Gambar SEPASANG suami isteri menangisi kematian bayi mereka di hospital Baba Raghav Das di Gorakhpur, negeri utara Uttar Pradesh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia