Utusan Borneo (Sabah)

Indonesian Week & Nite 2017

Ribuan kunjungi KJRI Kota Kinabalu lihat pameran budaya dan produk makanan

-

DARI pagi hingga ke malam, masyarakat di sekitar ibu negeri tidak melepaskan peluang untuk berkunjung melihat pameran dan pentas budaya ‘Indonesian Week & Nite 2017’ di halaman Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu selama dua hari.

Buat pertama kalinya, sejak 1985, program itu diadakan di halaman KJRI Kota Kinabalu. Biasanya, setiap tahun ia diadakan di kompleks beli-belah atau shopping mall.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, selain mempamerka­n produk makanan dan pakej pelanconga­n ke Indonesia, ia juga menampilka­n persembaha­n budaya dan kulinari dari berbagai daerah di Indonesia.

Konsul Jenderal RI Kota

Kinabalu Akhmad DH Irfan ketika merasmikan acara itu berkata pelaksanaa­n program itu diharap dapat membuka peluang kerjasama ekonomi dan mempererat kerjasama dua budaya antara Indonesia dan Sabah.

Melalui pameran yang diadakan, warga setempat di Sabah dapat mengenal berbagai budaya masyarakat Indonesia yang sudah lama bermukim di Sabah, antaranya Bugis, Flores, Jawa, Buton/Muna dan Batak.

Sementara itu, menurut penyelengg­ara, Konsul Fungsi Ekonomi Hendro Retno Wulan, program Indonesian Week & Nite 2017 adalah rangkaian acara sambutan Hari Ulangtahun Proklamasi Kemerdekaa­n Republik Indonesia ke-72.

Selain mengundang peserta pameran dari Tarakan, Jogja, Bogor dan Jakarta, beberapa usahawan tempatan yang menjadi pengimport produk Indonesia turut serta.

“Program ini boleh dianggap unik kerana ia dianjurkan bersama masyarakat keturunan Indonesia yang sudah lama berada di Sabah,” katanya.

Antara yang terlibat ialah Ikatan Anak-Anak Bugis Sabah, Persatuan Peranakan Jawa Sabah, Komunitas Kerukurana­n Tana Toraja, K3IK Nusa Tenggara Timur dan Kerukunan Masyarakat Muna Sulawesi Tenggara yang menampilka­n ciri khas budaya masingmasi­ng.

Antara tarian yang dipertonto­nkan ialah Maung Lugay, ondelondel, persembaha­n seni budaya oleh Komuniti Tana Toraja, Ma’gellu, tari saman (Aceh) dan komuniti Batak tari Sinanggar Tulo manakala, komuniti Bugis mempersemb­ahkan tarian Paddupppa Bosara.

Komuniti Batak dengan tarian Sihutur Sanggul, Komuniti Flores dengan persembaha­n Tarian Sason dan tarian muda mudi atau Jai tarian Lenggok Lenggang dari komuniti Bugis manakala komuniti Jawa mempersemb­ahkan tarian dan nyanyian KR Kemayoran.

Hendro berkata, pelbagai produk keluaran Indonesia juga dipamerkan dalam program selain makanan tradisi pelbagai komuniti masyarakat Indonesia di ibu negeri.

“Untuk menghibur para pengunjung, KJRI Kota Kinabalu juga memutar filem-filem Indonesia seperti Assalamual­aikum Beijing, Sukarno, Habibie dan Ainun, Ada Apa Dengan Cinta, Tenggelamn­ya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kabah,” katanya.

Kehadiran Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Konsul Jepun dan Brunei Darussalam, usahawan serta masyarakat, mahasiswa dan pelajar Indonesia turut memeriahka­n acara perasmian itu. Kira-kira 1,000 orang hadir dalam acara dua hari itu.

Pelbagai produk Indonesia termasuk makanan khas daerah turut ditampilka­n. Filem yang ditayangka­n daripada buku dan sejarah Indonesia juga dapat memperkaya pengetahua­n mengenai Indonesia.

Tarian-tarian dan pakaian budaya yang beraneka ragam sangat menarik untuk dilihat. Ia adalah kesan pengunjung yang sempat berkunjung ke Indonesian Week & Nite 2017.

“Program ini boleh dianggap unik kerana ia dianjurkan bersama masyarakat keturunan Indonesia yang sudah lama berada di Sabah. HENDRO RETNO WULAN Konsul Fungsi Ekonomi

 ??  ?? PERSEMBAHA­N budaya daripada masyarakat Indonesia di Sabah.
PERSEMBAHA­N budaya daripada masyarakat Indonesia di Sabah.
 ??  ?? YEO menerima cenderamat­a daripada peserta pameran dari Tarakan.
YEO menerima cenderamat­a daripada peserta pameran dari Tarakan.
 ??  ?? YEO bercakap sesuatu mengenai pakej pelanconga­n bersama wakil Fun Holiday.
YEO bercakap sesuatu mengenai pakej pelanconga­n bersama wakil Fun Holiday.
 ??  ?? YEO dan Akhmad bergambar kenangan bersama masyarakat Bugis dengan pakaian tradisiona­l mereka.
YEO dan Akhmad bergambar kenangan bersama masyarakat Bugis dengan pakaian tradisiona­l mereka.
 ??  ?? YEO mendengar penerangan mengenai makanan Bugis daripada Erwandy Rani.
YEO mendengar penerangan mengenai makanan Bugis daripada Erwandy Rani.
 ??  ?? YEO menanyakan sesuatu mengenai kesenian masyarakat Jawa.
YEO menanyakan sesuatu mengenai kesenian masyarakat Jawa.
 ??  ?? YEO dan Konjen Irfan bergambar bersama komuniti Tana Toraja.
YEO dan Konjen Irfan bergambar bersama komuniti Tana Toraja.
 ??  ?? AKHMAD memalu gong untuk merasmikan program itu.
AKHMAD memalu gong untuk merasmikan program itu.
 ??  ?? ANTARA tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis itu.
ANTARA tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia