Utusan Borneo (Sabah)

Robert Pattinson sanggup berkorban demi ‘Good Time’

-

PELAKON Robert Pattinson, yang biasa dengan treler mewah dan makanan gourmet, terpaksa tidur ayam dalam kurungan anjing di set penggambar­an filem terbaharun­ya ‘Good Time’, sebuah filem aksi jenayah waktu malam yang bergerak pantas yang difilemkan di New York City.

“Kami sedang memasang lampu dan saya kata, ‘Di mana Rob?’ Saya lihat ke sana dan di sana ada kurungan anjing, kurungan anjing besar dan Pattinson sedang tidur di dalam,” kata pengarah bersama filem Josh Safdie dalam satu temu ramah.

“Anjing itu marah,” tambah Pattinson dengan geli hati. “Membuat penggambar­an pada kelajuan kami membuat penggambar­an, kita seperti sentiasa berlakon. Malah kami tidak ada treler.”

Pelakon British itu, yang paling terkenal sebagai pontianak Edward Cullen dalam francais filem percintaan dewasa muda ‘Twilight’, berlakon sebagai seorang psikopat (orang gila) bernama Connie dalam ‘Good Time’, yang taksub dengan usaha untuk melarikan saudaranya yang terencat akal dari penjara selepas satu cubaan rompakan yang gagal.

‘Good Time’, yang ditayangka­n di pawagam Amerika Syarikat pada Jumaat, difilemkan kebanyakan waktu dengan kamera yang dibawa dengan tangan di jalan-jalan bandar Queens, pinggir New York City, sambil mengekori Connie dalam satu pengembara­an sepanjang malam yang penuh dengan peristiwa malang.

Pengorbana­n pelakon itu untuk filem bebas berbajet rendah itu telah membuahkan hasil dalam reviu yang tinggi melangit bagi lakonannya pasca ‘Twilight’.

Pengkritik filem TheWrap.com, Sam Fragoso, membanding­kan “lakonan gilanya yang penuh adrenalin” dengan Robert De Niro dalam filem aksi jenayah pada 1973 ‘Mean Streets’, manakala Emily Yoshido dari New York Magazine berkata pelakon British itu menyampaik­an “seba-hagian daripada kerja terbaik dalam karier pelakon pasca francaisny­a”.

Filem berkenaan menerima penarafan 100 peratus dengan pengkritik terkemuka dalam agregator filem, RottenToma­toes.com.

— Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia