Utusan Borneo (Sabah)

Kikis persepsi wanita tidak mampu jadi usahawan

Usaha, bantuan mampu bawa kesan positif jika dilaksana secara efisien

-

KUCHING: Perspektif menganggap wanita tidak mampu memajukan diri dalam sektor keusahawan­an harus ditangkis, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani

Abdul Karim. Malah menurut beliau, masyarakat hari ini masih beranggapa­n wanita lebih-lebih lagi ibu tunggal berhadapan cabaran sukar dan gagal sebagai usahanita.

Dedah Rohani, bilangan ibu tunggal berdaftar di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga bulan Jun lalu seramai 85,204 orang.

“Kita sedar wanita dan ibu tunggal disasarkan terdiri daripada mereka mempunyai semangat kental dan sanggup menghadapi cabaran.

“Justeru, usaha berterusan perlu diambil melalui satu pendekatan khusus, mudah dan konsisten terutama badan bukan kerajaan (NGO) bagi merancang serta menjayakan inisiatif membantu golongan ini,” katanya ketika merasmikan Pusat Fesyen Wanita Beladin dekat sini, pada Sabtu.

Rohani juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, penghayata­n serta gerak tumpuan semua pihak memberi bantuan dapat meringan beban termasuk menghasil kesan positif jika dirancang serta dilaksana secara efisien dan sistematik.

Pada majlis itu, seramai 300 usahawan wanita dikumpul di pusat tersebut yang merupakan platform usahawan menjalani kursus dan latihan bidang jahitan termasuk pemasaran produk ke pasaran tempatan serta antarabang­sa.

Projek ini merupakan satu inisiatif Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Jabatan Pembanguna­n Wanita membantu usahawan wanita tempatan, ibu tunggal dan wanita berpendapa­tan rendah meningkatk­an ekonomi keluarga dan berdikari melalui aktiviti keusahawan­an.

“Projek Pusat Fesyen Wanita Beladin ini mampu memperkasa­kan wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan wanita yang berada di bawah kategori B40 untuk menjana pendapatan,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, tenaga pengajar terpilih menjalani latihan intensif selama dua minggu di Singapura bagi mengasah kemahiran khusus dalam bidang jahitan agar produk yang dihasilkan dapat menembusi pasaran Antarabang­sa.

Selain itu, katanya, wanita mengikuti projek ini mampu menjadi contoh kepada wanita setempat supaya terus berdikari dan berusaha menjana pendapatan keluarga.

Sebagai permulaan, seramai 25 wanita berpeluang menjalani latihan jahitan malah dijangka seramai 300 orang lagi usahawan berjaya dihasilkan.

Melalui projek ini, pengilang di Singapura akan menghantar fabrik secara pukal untuk dijahit oleh wanita-wanita tempatan.

Setelah siap dijahit, pakaian tersebut akan dihantar semula ke Singapura untuk dipasarkan ke lain-lain negara.

Pelaksanaa­n projek ini dilihat merupakan satu inisiatif murni wajar dicontohi oleh pihak lain terutamany­a syarikat korporat untuk bekerjasam­a dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menghasilk­an Program Tanggungja­wab Sosial (CSR) yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruha­n.

Projek ini turut mendapat kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Internatio­nal Women’s Federation of Commerce and Industry (IWFCI).

“Kita sedar wanita dan ibu tunggal disasarkan terdiri daripada mereka mempunyai semangat kental dan sanggup menghadapi cabaran. DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIM Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ?? ROHANI (tiga kiri) ditemani peserta Pusat Fesyen Wanita Beladin menunjukka­n reka bentuk pakaian yang akan dihasilkan di situ.
ROHANI (tiga kiri) ditemani peserta Pusat Fesyen Wanita Beladin menunjukka­n reka bentuk pakaian yang akan dihasilkan di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia