Utusan Borneo (Sabah)

Sukan bentuk disiplin, jati diri

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Sukan merupakan salah satu elemen penting yang boleh membentuk disiplin dan keperibadi­an belia remaja untuk membina jati diri, ketrampila­n dan semangat juang yang tinggi tanpa mengabaika­n pencapaian akademik.

Ketua Pemuda Upko Nasional, Arthur Sen berkata dalam bidang sukan, para atlet boleh mencontohi semangat juang Micheal Jordan (pemain bola keranjang) yang pernah menerima anugerah NBA Amerika Syarikat sebanyak lima kali.

Katanya, falsafah Michael Jordan ialah ‘break your limitation­s’.

“Kita bersaing bukanlah dengan orang lain, tetapi limitasi diri kita, sentiasa belajar dan berlatih untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-22, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya (Semanja) Ranau, di padang sekolah berkenaan.

Menurutnya, jika semalam rekod terbaik anda dalam acara 100 meter ialah 13 saat, maka berusahala­h untuk mencapai 12 saat pada larian berikutnya.

“Jika anda mampu melakukan itu, anda sudah juara walaupun bukan nombor satu,” kata Arthur Sen yang juga Naib Ketua Bahagian Upko Ranau dan Naib Presiden Upko.

“Anda mungkin bukan yang terbaik berbanding dengan individu lain, tetapi anda telah melakukan yang terbaik untuk diri anda kerana anda telah memecahkan kebuntuan selama ini,” ujarnya memberi semangat dan motivasi kepada para atlet sekolah itu yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas dengan penganjura­n sukan itu terutama pengetuany­a, Jamirin Sahamin dan Penolong Kanan Kokurikulu­m merangkap Pengarah Kejohanan Johairie Linggin Lapat serta semua guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus lumus menganjurk­an kejohanan kali ke-22 itu dengan cemerlang.

Dalam perkembang­an lain, Arthur berkata tagline #Ranaudihat­iku# telah diilhamkan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun selaku pemimpin dari daerah ini.

Katanya, ia antara lain membawa makna mengenai pengorbana­n masyarakat setempat untuk berbakti dan menjulang nama daerah Ranau untuk mencapai yang terbaik dalam pelbagai bidang, termasukla­h dalam arena sukan.

Beliau berjanji untuk menyampaik­an permohonan sekolah secara eksklusif kepada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin demi kepentinga­n para pelajar dan kemajuan sekolah itu.

Terdahulu, Pengetua SMK Matupang Jaya, Jamirin Sahamin dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada seluruh Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pelaksana atas kelancaran penganjura­n kejohanan, sesuai dengan slogan PPD Ranau iaitu ‘Terbaik, Meriah, Lancar Kenangan’ (TMLK).

Beliau juga menzahirka­n rasa terima kasih atas kesudian perasmi (Arthur Sen) untuk hadir merasmikan kejohanan itu, selain penghargaa­n kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang banyak membantu menjayakan semua program sekolah termasukla­h sukan tahunan.

Katanya, para pelajar perlu memanfaatk­an sepenuhnya kejohanan seumpamany­a untuk menca- bar diri masing-masing untuk menonjolka­n bakat, potensi dan kebolehan khasnya dalam bidang sukan olahraga.

Beliau berkata, misi mengekalka­n kedudukan pencapaian tempat ketiga di peringkt daerah Ranau pada Kejohanan MSSD Ranau tahun depan boleh dicapai dengan adanya usaha gigih dan latihan yang berterusan.

“Kita juga perlu bersamasam­a menyahut seruan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mencipta watak melalui program ‘1Sekolah 1Atlit’ demi mengekalka­n kejuaraan (MSS Sabah) di peringkat kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, penglibata­n semua pelajar dalam sukan dan kokurikulu­m adalah amat penting selaras dengan dasar ‘1Murid 1Sukan’, di samping keperluan untuk penilaian dalam Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

Selain itu, katanya aktiviti sukan bukan sahaja boleh membentuk disiplin dan kepimpinan serta daya saing yang positif dalam kalangan para pelajar (atlet), tetapi juga membantu melahirkan pelajar yang sihat, aktif dan cergas serta cemerlang dalam akademik.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Matupang Jaya, Johairie Linggin Lapat berkat lebih 200 peserta (atlet) mewakili empat kontinjen Projeri yang bersaing pada kejohanan itu.

Katanya, kejohanan kali ini bukan sahaja dimeriahka­n dengan acara sukan balapan dan padang, tetapi turut mempertand­ingkan acara perbarisan lintas hormat kontinjen peserta, di samping pertanding­an perbarisan bagi katgeori pasukan unit beruniform.

Kejohanan edisi ke-22 itu menyaksika­n kehebatan pasukan Projeri Anggerik muncul juara keseluruha­n dengan mengutip memenangi 31 pingat emas (E), 19 perak (P) dan 19 gangsa (G).

Naib johan disandang kontinjen Projeri Rafflesia (15E, 21P & 9G), tempat ketiga Projeri Sakura (11E, 14P dan 22G) manakala tempat ialah Projeri Dahlia (9E, 12P & 15G).

Johairie menjelaska­n, kejohanan sukan tahunan itu turut diserikan dengan persembaha­n tarian sambut tamu yang unik dan kreatif serta persembaha­n nyanyian solo oleh para pelajar berbakat SMK Matupang Jaya.

Justeru katanya, penganjura­n itu bukan sahaja mencungkil dan menggilap bakat dan potensi pelajar dalam bidang sukan (balapan dan padang) tetapi juga menyerlahk­an kemahiran kawad kaki dalam perbarisan lintas hormat, di samping bakat dalam kesenian melalui persembaha­n seni tarian kebudayaan dan juga seni suara (nyanyian).

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Matupang Jaya Julis Yabi dan wakil Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS), Kopral Sharil Sungang @ Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

 ??  ?? ARTHUR
ARTHUR
 ??  ?? PERSEMBAHA­N menarik menyerlahk­an kepelbagai­an bakat para pelajar SMK Matupang Jaya, Ranau.
PERSEMBAHA­N menarik menyerlahk­an kepelbagai­an bakat para pelajar SMK Matupang Jaya, Ranau.
 ??  ?? ARTHUR (tiga kanan) bersama Jamirin Sahamin (tiga kiri) bersama para Penolong Kanan dan tetamu jemputan.
ARTHUR (tiga kanan) bersama Jamirin Sahamin (tiga kiri) bersama para Penolong Kanan dan tetamu jemputan.
 ??  ?? ARTHUR menyumpit sebagai gimik perasmian kejohanan itu.
ARTHUR menyumpit sebagai gimik perasmian kejohanan itu.
 ??  ?? SUKAN tahunan sekolah mencungkil bakat pelajar dalam acara balapan dan padang.
SUKAN tahunan sekolah mencungkil bakat pelajar dalam acara balapan dan padang.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N kreatif kumpulan penari SMK Matupang Jaya menyerikan kejohanan itu.
PERSEMBAHA­N kreatif kumpulan penari SMK Matupang Jaya menyerikan kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia