Utusan Borneo (Sabah)

Maxwin unggul di Sutera Harbour

Kejohanan Golf Medal Dwi-Bulanan (Ogos)

-

“Aksi tiga atas par 75 pukulan membolehka­n pemain muda berbakat itu menewaskan 97 pemain lain untuk menjuarai kategori Gross Lelaki.

KOTA KINABALU: Maxwin Chiew mengunggul­i Kejohanan Golf Medal Dwi-Bulanan (Ogos) Sutera Harbour 2017 yang berlangsun­g di Sutera Harbour Golf and Country Club pada Ahad.

Aksi tiga atas par 75 pukulan membolehka­n pemain muda berbakat itu menewaskan 97 pemain lain untuk menjuarai kategori Gross Lelaki.

Maxwin berada selesa empat pukulan mengatasi naib johan Park Young Sik dari Korea, yang mencatat tujuh atas par 79 pukulan, sambil juara tidak asing lagi Cho Han Jin, juga dari Korea, terpaksa berpuas hari menduduki tempat ketiga selepas beraksi hambar mencatat lapan atas par 80 pukulan.

Aksi kategori Gross Wanita menyaksika­n para pemain kelahiran Korea mendominas­i persaingan.

Catatan sama dua pemain terbaik dengan 87 pukulan memaksa Kiraan Semula (OCB) dilakukan untuk menentukan Song Ae Jeong muncul selaku juara diikuti Kim Kyung Mi ditempat kedua, sambil Chiew I Youn, dengan satu pukulan dibelakang, menduduki tempat ketiga.

Dalam persaingan Nett, John Ericson bermain cemerlang mencatat nett tiga bawah par 69 pukulan untuk menjuarai Medal A mengatasi naib johan Lee Sang Don dengan kelebihan tipis satu pukulan sambil Youn Suil dengan catatan nett satu bawah par 71 pukulan menduduki tempat ketiga.

Medal B dijuarai oleh Dato’ Haji Yusop Ag. Besar selepas turut mencatat nett tiga bawah par 69 pukulan mengatasi naib johan Wonh Moy juga dengan kelebihan satu pukulan, sambil Khairy Syazwan yang mencatat nett 73 pukulan menduduki tempat ketiga.

Medal C dijuarai oleh pemain kelahiran Korea, Lee Sung Woong yang mencatat nett lima bawah par 67 pukulan untuk mengatasi naib johan Bruce Kang dengan kelebihan satu pukulan, diikuti John Lim dengan nett 71 pukulan menduduki tempat ketiga.

Percaturan Nett Wanita pula dijuarai oleh Shin Sung Ja, dari Korea, selepas mencatat nett dua bawah par 70 pukulan untuk mengatasi naib johan Lim Yee Fung dengan kelebihan tiga pukulan, sambil Kwan Pek Sin dengan nett 74 pukulan menduduki tempat ketiga.

Kategori Senior menyaksika­n oleh Yang Jung Gil dari Korea, muncul selaku juara dengan nett enam bawah par 66 pukulan sambil tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Lee Il Ku (OCB) dan Jimmy Liew yang mencatat nett par golf.

Kategori terakhir untuk pemain-pemain Tetamu dijuarai oleh Jonathan Tan dengan nett dua bawah par 70 pukulan mengatasi naib johan Desmond Qwek yang mencatat nett par golf, sambil Fauzi Awang Tahir dengan nett 74 pukulan menduduki tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n bersama oleh Dato’ Haji Yusof Ag. Besar, naib presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Maximillia­n Jr Boijol, pengurus SGA Richard Stidi serta koordinato­r pemain Korea; Park Young Sik.

 ??  ?? MAXIMILLIA­N Jr. (kiri) bersama para pemenang Kejohanan Golf Medal Dwi-Bulanan (Ogos) Sutera Harbour 2017 di Sutera Harbour Golf and Country Club pada Ahad.
MAXIMILLIA­N Jr. (kiri) bersama para pemenang Kejohanan Golf Medal Dwi-Bulanan (Ogos) Sutera Harbour 2017 di Sutera Harbour Golf and Country Club pada Ahad.
 ??  ?? MAXWIN Chiew (kanan) menerima hadiah juara Gross daripada Richard.
MAXWIN Chiew (kanan) menerima hadiah juara Gross daripada Richard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia