Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki rogol anak diarah bela diri

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang berhadapan dengan penjara maksimum 30 tahun atas pertuduhan merogol anaknya, diperintah­kan oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk membela dirinya pada 29 Ogos.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 60 tahun yang mana pada Isnin untuk keputusan kes diperingka­t akhir pendakwaan.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Selain daripada hukuman penjara, tertuduh juga boleh dikenakan tidak kurang sepuluh sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol anaknya yang berusia 17 tahun, pada hujung Mei tahun lalu jam 1 petang di sebuah kampung di Inanam, di sini.

Sepanjang perbicaraa­n berkenaan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim memanggil lima saksi untuk memberikan keterangan.

Tertuduh yang mula didakwa pada 13 Februari mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Di Shah Alam, polis memperoleh perintah mahkamah bagi mereman tiga remaja lelaki untuk membantu siasatan kes kekecohan di program ‘Nothing to Hide 2.0’ di Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7, di sini pada Ahad.

Perintah reman empat hari terhadap ketiga-tiga remaja masing-masing berusia 17, 18 dan 19 tahun itu dikeluarka­n Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan polis malam tadi kerana disyaki menimbulka­n kekecohan pada program itu.

Dalam kejadian 5.10 petang Ahad, program anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan suar, kerusi, kasut dan botol air daripada beberapa individu yang hadir di program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia