Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Kedah dukacita pemimpin politik, ulama hangatkan permusuhan sesama Islam

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah pada Isnin menzahirka­n rasa dukacita atas tindakan sesetengah pemimpin politik dan individu berkepenti­ngan mengambil kesempatan menghangat­kan lagi permusuhan sesama Islam menerusi ruang maya.

Malah, titah baginda, ilmuan agama turut tidak terkecuali mengeluark­an fatwa, tuduhmenud­uh dan berdebat di alam siber sehingga masyarakat sendiri berbelah bagi.

“Janganlah kerana perbezaan ideologiya­ngsempitat­aukerana kepentinga­n diri yang lain, isu sensitif seperti kemuliaan agama Islam, kedaulatan rajaraja, hak keistimewa­an kaum, hukum-hakam serta agama Islam diperdebat­kan secara tidak beradab di laman sosial sekali gus mengundang tafsiran negatif,” titahnya.

Titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Sultan Badlishah sempena perasmian Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini, Isnin.

Titah baginda, pada ketika ini pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan bebas tanpa ada satu sistem tapisan yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.

Malah penggunaan telefon dan gajet sudah menjadi satu budaya hidup, menyaksika­n lebih 17 juta penduduk di negara ini mempunyai akses kepada ruang maya dengan separuh daripadany­a mempunyai akaun Facebook, titah baginda.

“Natijahnya, fitnah dan cerita palsu menjadi tular dan dijaja serata tempat, senario ini menjadi virus yang memporakpe­randakan dan mengeliruk­an rakyat, memecahbel­ahkan dan mengucar-ngacirkanu­khuwah yang selama ini terjalin indah,” titah Sultan Abdul Halim.

Dalam pada itu, baginda melahirkan rasa bangga apabila Kedah menjadi antara negeri dan pelopor awal dalam usaha memartabat­kan keunggulan pendidikan, terutama pendidikan Islam.

“Hal ini dapat dibuktikan menerusi sistem pengajian pondok di mana sistem pondok kini telah dibuat penambahba­ikan dan kesannya kini kita sudah memiliki Maahad Tahfiz Sains di Kulim,” titahnya. - Bernama

 ??  ?? RAJA Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Sultan Badlishah (tengah) berkenan memeriksa barisan kehormat pada perasmian Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, Isnin.
RAJA Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Sultan Badlishah (tengah) berkenan memeriksa barisan kehormat pada perasmian Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia