Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan MSM dijangka diniaga pada pembetulan teknikal

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan pada pembetulan teknikal antara RM2,300 dan RM2,400 satu tan minggu ini, susulan laporan inventori yang tinggi, kata peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata, julat harga itu, yang ditetapkan lebih rendah, akan menarik lebih banyak pembeli fizikal ke dalam pasaran tempatan terutama dari China, India dan Pakistan.

“Aktiviti pembelian MSM akan membantu mengurangk­an paras bekalan.

“Justeru itu, ia merupakan alternatif yang menarik untuk pembeli memandangk­an minyak sawit kekal sebagai antara minyak makan paling murah dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pada 10 Ogos, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan bahawa bekalan minyak sawit pada Julai 2017 meningkat 16.83 peratus kepada 1.784 juta tan berbanding 1.527 juta tan pada Jun 2017.

Sementara itu, eksport minyak sawit pada Julai 2017 meningkat 1.31 peratus kepada 1.397 juta tan daripada 1.379 juta tan pada bulan sebelumnya.

MPOB juga berkata, bekalan MSM pada Julai 2017 melonjak 17.31 peratus kepada 936,438 tan daripada 798,230 tan pada Jun 2017.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, Ogos 2017 meningkat RM93 kepada RM2,683 satu tan, September 2017 menokok RM75 kepada RM2,676 satu tan, Oktober 2017 bertambah RM74 kepada RM2,687 satu tan dan November 2017 melonjak RM97 kepada RM2,687 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 258,445 lot daripada 215,404 lot, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 282,902 kontrak daripada 239,040 kontrak minggu lepas.

Di pasaran fizikal, Selatan Ogos naik RM50 kepada RM2,670 satu tan berbanding RM2,620 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia