Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan menarik di television anda

-

KARNIVAL Jom Heboh, acara padang yang menjadi signatur TV3 dan tarikan masyarakat telah menggamit lebih 450,000 orang pengunjung sepanjang dua hari berlangsun­g di Dataran MITC Melaka pada 29 dan 30 Julai yang lalu.

Karnival Jom Heboh ditunjangi oleh booth yang menjadi tarikan utama seperti Bananana Land, Cerekarama, Raudhah, Gelanggang #KitaJuara, Inspirasi, Tonton, Hot FM & Kool FM dan juga NSTP padat dengan pelbagai aktiviti dan juga menawarkan tawaran istimewa untuk para pengunjung.

Masyarakat tempatan sudah mula memenuhi tapak karnival seawal jam 8.00 pagi pada hari pertama untuk menyertai aktiviti Jom Sihat dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Antara aktiviti yang dijalankan bagi sesi Jom Sihat ini adalah taklimat nutrisi sihat, zumba, senam seni oleh pasukan KBS, persembaha­n oleh Rakan Muda yang juga disertai personalit­i TV3 seperti Ally Iskandar, Fedtri Yahya, Fiza Sabjahan, Hazrena Kasim, Uyaina Arshad, Hanif Miswan dan Sarah Adiba.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Kami hargai sokongan berterusan daripada orang ramai dan berterima kasih kepada 450,000 pengunjung yang telah hadir ke Dataran MITC minggu lalu kerana memilih Karnival Jom Heboh sebagai destinasi untuk bersantai bersama keluarga.”

“Lebih istimewa kami juga turut menerima kunjungan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Kami amatlah berbesar hati kerana beliau sudi meluangkan masa dan beliau turut menyatakan bahawa penganjura­n Karnival Jom Heboh adalah baik kerana dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Melaka,” tambah beliau.

Acara Karnvial Jom Heboh ini pastinya tidak meriah tanpa booth-booth utama yang menjadi tarikan utama. Booth-booth ini mula dibuka kepada pengunjung seawal jam 10 pagi hingga 9 malam.

Booth Bananana Land, booth yang menjadi pilihan kanak-kanak menampilka­n Achok, Chiwan Harris Alif, Afieq Syazwan dan Wanss Ahmad sambil melakukan pelbagai aktiviti menyeronok­kan seperti mewarna, mempelajar­i seni reka dan berpeluang untuk bergambar bersama maskot Boboiboy dan juga Ejen Ali!.

Di booth Cerekarama, pengunjung teruja menemui pelakon utama ‘Encik Suami Mat Salih Celup’ iaitu Daler Yusuf dan juga pelakon Afzan A.Rahman serta Shaffiq Sahli.

Di Gelanggang #KitaJuara bersama Faiz Tapaw selaku pengacara, tarikan utama Gelanggang #KitaJuara sudah tentunya perlawanan Street Soccer 3 lawan 3 Kita Juara, persembaha­n Freestyler Kita Juara dan perlawanan di antara pasukan Kita Juara melawan artis jemputan pilihan selebriti KJH Melaka.

Satu kelainan, bersempena penganjura­n dan sebagai tuan rumah selepas 16 tahun bagi temasya Sukan SEA yang ke-29 kali ini, booth Sama-Sama #KitaJuara dibawakan khas untuk memeriahka­n lagi KJH Melaka ini.

Booth ini turut diserbu oleh orang ramai apabila Elfira Loy serta Suffian Suhaimi membuat kemunculan untuk sesi ramah mesra.

Booth yang memberi pelbagai info kesihatan dan gaya hidup iaitu booth Inspirasi, membariska­n personalit­i seperti Chef Naem, Aizat Amdan, Cassidy La Crème bersama hos Shah Tapaw dan Aliff Yasraff.

Booth inspirasi turut menyediaka­n khidmat potongan dan penggayaan rambut oleh Khal Hair Salon yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat bagi mengumpul dana Tabung Bersamamu.

Tidak ketinggala­n, booth yang memberikan kelainan dalam pengisian yang lebih kepada rohani dan berkonsep islamik sesuai untuk seisi keluargai iaitu Raudhah, telah dikendalik­an oleh Hazwani Helmi, Da’i Syed dan Da’i Luqman.

Di booth ini, Ustaz Lutfi juga turut berkongsi ilmu mengenai perubatan dalam islam bersama Da’i Farhan yang menyampaik­an takzirah bagi sesi Salam Da’i.

Tidak kurang juga bagi booth Buletin Utama yang mendapat sambutan di mana para pengunjung dapat menemui pembaca berita TV3 iaitui Amirul Hakim Lokman dan menyertai ujibakat tertutup dan merasa sendiri pengalaman membaca berita yang jarang-jarang dapat dirasai.

Peminat setia pasangan comel merasa teruja apabila dapat menemui pelakon kesayangan mereka serta duta tonton iaitu Ayda Jebat dan Redza Rosli booth tonton.

Selain itu, booth tonton turut disertai oleh Fadlan Hazim, Talha Harith bersama hos Zack dan Kamal Sumbu.

Tidak ketinggala­n, Rangkaian Radio Media Prima (MPRN) iaitu Hot FM dan Kool FM turut turun padang dan membariska­n para penyampai mereka seperti Zetty, Deen, Haziq dan EL daripada Hot FM serta Rea, Ikhwan dan Ezaq daripada Kool FM.

Selain itu, orang ramai turut berpusu-pusu di booth Wow Bag untuk membeli pelbagai cenderahat­i daripada Rangkaian Televisyen (TV3, NTV7, 8TV, TV9), Hot FM, Kool FM, Bananana!, Ejen Ali dan Raudhah.

Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilka­n selebriti popular seperti Mak Cun, Balkisyh Semundur Khan, Zulhuzaimi, Ika Nabella, Riz Amin, Tunku Hanis, Encik Mimpi, Shah Sulaiman, Acap, Zee (Tokan) dan Faiz

(Tapaw).

 ??  ?? CHEF SADO: Chef Naem di booth inspirasi.
CHEF SADO: Chef Naem di booth inspirasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia