Utusan Borneo (Sabah)

Institusi keagamaan boleh bantu tarik pelancong berkunjung

Institusi keagamaan boleh bantu tarik pelancong berkunjung

-

SELAIN menjadi tempat beribadat, institusi keagamaan seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang berkunjung.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon berkata demikian ketika berucap di upacara angkat sumpah ahli jawatankua­sa (AJK) Tokong Chon Chu Kung Ranau bagi penggal 2017– 2019 di dewan tokong itu di Ranau.

Menurut beliau, sejak bangunan dan persatuan tokong Ranau itu wujud sekitar tahun 1982, ramai pelancong terutamany­a dari Hong Kong, Taiwan, China dan sebagainya datang berkunjung ke daerah ini.

“Mereka datang ke Ranau bukan sahaja kerana daerah ini terkenal dengan destinasi pelanconga­n tetapi disebabkan oleh peranan tokong ini yang telah menganjurk­an pelbagai aktiviti melibatkan peserta antarabang­sa.

“Begitu juga dengan institusi keagamaan lain misalnya peranan Gereja St Peter Claver Ranau yang telah mengadakan upacara ziarah memasuki ‘Pintu Belas Kasihan Tuhan’ selama sebulan pada 2016 yang telah mengajak puluhan ribu orang berkunjung ke daerah ini,” katanya.

Apa yang penting, katanya, ialah keadaan kehidupan di negara kita yang begitu aman damai dan harmoni walaupun masyarakat­nya berbilang bangsa, kaum dan fahaman agama.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai kerajaan yang mengamalka­n kebebasan beragama di mana setiap perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya diraikan bersama-sama oleh seluruh masyarakat,” tambahnya.

Pada majlis itu, seramai 23 AJK Induk, 20 AJK Wanita dan 12 AJK Pemuda telah mengangkat sumpah taat setia sebagai ahli tokong di hadapan Ewon yang merupakan tetamu kehormat dan perasmi upacara berkenaan.

Pada pemilihan AJK yang telah dilaksanak­an pada Mac lalu, Datuk Chua Khen Siong mengekalka­n jawatan sebagai pengerusi tokong yang telah disandangn­ya sejak persatuan itu mula-mula diwujudkan dahulu.

Barisan AJK lain ialah Timbalan Pengerusi Lee Yun Phin, Setiausaha Liong Chun Chien, Timbalan Setiausaha Chin Mui Lan, Bendahari Chua Peng Tor, Ketua Kerja Lim Tian Huat dan Timbalan Ketua Kerja Chin Yun Then.

Chan Lai Kiew pula telah dipilih sebagai ketua wanita dengan Amy Chee sebagai timbalan, setiausaha dan timbalan setiausaha disandang Annie Su dan Ng Mei Tee sementara Lily Chung sebagai bendahari dan Alysia Garamu sebagai ketua kerja.

Ketua Pemuda Kelvin Chua, Timbalan Ketua Pemuda Ng Yee Hwa, Setiausaha Clement Chua dan Timbalan Setiausaha Pramesh Rajan, Bendahari Dale Lee Chun Chea dan Ketua Kerja Russell Tan Hon Ming.

Menurut Chua Khen Siong, jumlah ahli dalam persatuan berkenaan adalah melebihi seratus orang namun ahli kekal seumur hidup adalah seramai 120 orang sahaja.

Katanya, selain tempat beribadat bagi mereka yang beragama Buddha, tokong itu juga berperanan sebagai tempat untuk mengubati orang sakit dengan menggunaka­n air tokong.

Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapka­n terima kasih khususnya kepada pemimpin dan kerajaan negeri Sabah yang telah banyak memberikan bantuan dalam membangunk­an tokong itu sejak dari era Parti Bersatu Sabah (PBS) lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Ewon, Datin Danna Ontol, Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi dan Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai kerajaan yang mengamalka­n kebebasan beragama di mana setiap perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya diraikan bersama-sama oleh seluruh masyarakat,

DATUK DR EWON Ahli Parlimen Ranau

 ??  ?? EWON (tengah) diapit Danna dan Chua bersama AJK tokong berkenaan.
EWON (tengah) diapit Danna dan Chua bersama AJK tokong berkenaan.
 ??  ?? EWON (kanan) dan Chua memegang carta organisasi sambil bergambar kenangan bersama AJK Induk.
EWON (kanan) dan Chua memegang carta organisasi sambil bergambar kenangan bersama AJK Induk.
 ?? (Gambar atas) ?? EWON diiringi Chua Khen Siong bersalaman dengan AJK tokong.
(Gambar atas) EWON diiringi Chua Khen Siong bersalaman dengan AJK tokong.
 ?? (Gambar kiri) ?? CHUA Khen Siong (kanan) mendahului acara menandatan­gani carta organisasi AJK Induk di hadapan Ewon.
(Gambar kiri) CHUA Khen Siong (kanan) mendahului acara menandatan­gani carta organisasi AJK Induk di hadapan Ewon.
 ??  ?? EWON (kiri) menyaksika­n lafaz ikrar oleh para AJK tokong.
EWON (kiri) menyaksika­n lafaz ikrar oleh para AJK tokong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia