Utusan Borneo (Sabah)

MKN Arahan 20 diguna masuki kawasan kejadian tanah runtuh

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Arahan 20 akan digunapaka­i sebagai surat kuasa untuk memasuki mana-mana kawasan mahupun premis yang mengalami kejadian tanah runtuh.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Bencara Alam Daerah Datuk Yeo Boon Hai berkata MKN Arahan 20 memberi kuasa kepada pengerusi jawatankua­sa bencana untuk memasuki sesebuah kawasan tanpa perlu mendapatka­n kebenaran pemilik premis bagi melakukan kerja berkaitan.

Untuk kes di City Mall, penebangan pokok di bahagian atas bukit akan dilakukan bagi memastikan tidak berlaku tanah runtuh di tembok penahan berkenaan.

“Berdasarka­n penjelasan konsultan, tembok penahan itu masih boleh bertahan untuk tempoh yang lama,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya MKN Arahan 20, pengerusi jawatankua­sa akan bertindak berdasarka­n nasihat yang diberikan polis bagi memasuki sesebuah kawasan yang dilihat berisiko mengalami tanah runtuh.

“Dengan adanya MKN Arahan 20 ini, jawatankua­sa bencana tidak perlu mendapatka­n kebenaran untuk memasuki kawasan terjejas akibat tanah runtuh,” katanya.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Penampang Irene Choo memaklumka­n bahawa projek tebatan banjir melibatkan Sungai Moyog, Lido dan Sungai Manggatal masih dalam proses penawaran tender.

Katanya, tender untuk pelaksanaa­n projek tebatan banjir yang melibatkan pakej satu untuk pelebaran Sungai Moyog-Putatan.

“Tender ini sudah mula dibuka pada September 2016 dan penawaran tender bagi pakej 3 dibuka pada Jun lalu. Kedua-dua projek ini akan mengambil masa tiga tahun dan tiga tahun setengah,” katanya.

Untuk pakej dua yang akan dilaksana di Lido, penawaran tender untuk projek bernilai RM76 juta itu akan dilakukan bermula November tahun ini dan ia mengambil masa selama enam bulan untuk penawaran projek. Projek ini juga mengambil masa selama tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia