Utusan Borneo (Sabah)

9 SEKOLAH DITUTUP

3,806 murid terjejas akibat banjir

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak sembilan sekolah rendah membabitka­n seramai 3,806 murid ditutup akibat terjejas banjir pada Selasa.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, ia termasukla­h tiga buah sekolah di sini, empat di daerah Tuaran dan masing-masing sebuah sekolah di Penampang dan Kota Belud.

Menurutnya, sekolah berkenaan termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, SK Kitobu dan SK Rampayan di sini, SK Lapotung, SK Rungus, SK Togop, serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Tenghilan di Tuaran, SK Kem Lok Kawi Penampang dan SK Timbang Kota Belud.

“Pada malam Isnin, seramai 22 murid SK Darau terpaksa menunggu sehingga jam 10 malam di sekolah akibat keadaan air yang semakin dalam.

“Keadaan air setinggi satu meter itu menghalang akses untuk masuk ke kawasan sekolah. Bagaimanap­un, selepas itu, murid-murid yang terlibat dapat pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan di SK Darau di sini pada Selasa.

Katanya, banjir berkenaan turut melibatkan seramai 272 guru dan sesi Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) dijangka berjalan semula selewatlew­atnya pada Khamis ini.

Maimunah berkata, tempoh maksima bagi proses gotongroyo­ng pembersiha­n bagi setiap sekolah yang terlibat banjir adalah dua hari.

“Saya juga ingin menasihatk­an ibu bapa supaya menjaga keselamata­n anakanak semasa banjir.

“Ibu bapa juga sebaiknya mengambil sendiri anak dari sekolah sekiranya kawasan sekolah itu memang termasuk dalam kawasan banjir,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya meminta Unit Pembanguna­n Jabatan Pendidikan untuk mengenal pasti kerosakan bagi sekolah yang terjejas banjir.

Setiap laporan berkenaan jelasnya, akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatka­n bantuan kecemasan dalam kadar segera.

Selain itu, beliau turut meminta setiap guru besar dan pengetua agar sentiasa peka terhadap keadaan sekolah yang tidak kondusif untuk menjalanka­n sesi PdP.

Menurutnya, sekolah terbabit akan diberikan keizinan untuk ditutup melalui nasihat daripada pegawai pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan.

Sementara itu, Guru Besar SK Darau Manggatal Abd Hajis Saipuddin berkata, proses PdP dijangka dapat dijalankan semula pada Rabu kerana mereka akan menerima bantuan peralatan daripada pihak bomba untuk proses pembersiha­n.

Pada masa sama, pihaknya memaklumka­n sebanyak empat buah bilik darjah mengalami kerosakan teruk akibat banjir.

Beliau turut berharap para ibu bapa supaya datang lebih awal untuk mengambil anak-anak dari sekolah jika keadaan cuaca tidak berapa mengizinka­n.

“Sekolah akan membenarka­n ibu bapa mengambil murid untuk balik lebih awal demi keselamata­n anak-anak mereka.

“Insiden banjir kali ini yang kedua teruk selepas kejadian sama yang berlaku di SK Darau pada 2005,” jelasnya.

 ??  ??
 ?? GambarBern­ama ?? MURID-MURID Sekolah Rendah Kebangsaan Darau Manggatal pada Selasa membersihk­an sekolah mereka yang teruk dilanda banjir berikutan hujan pada Isnin. Sekolah itu memberhent­ikan aktiviti pembelajar­an berikutan seluruh kelas diliputi lumpur.
GambarBern­ama MURID-MURID Sekolah Rendah Kebangsaan Darau Manggatal pada Selasa membersihk­an sekolah mereka yang teruk dilanda banjir berikutan hujan pada Isnin. Sekolah itu memberhent­ikan aktiviti pembelajar­an berikutan seluruh kelas diliputi lumpur.
 ?? (Gambaratas)MAIMUNAH ?? (tiga kanan) bersama pegawai Jabatan Pendidikan ketika melawat salah sebuah bilik darjah di SK Darau yang terjejas akibat banjir.
(Gambaratas)MAIMUNAH (tiga kanan) bersama pegawai Jabatan Pendidikan ketika melawat salah sebuah bilik darjah di SK Darau yang terjejas akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia