Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan empat lelaki, rampas 7.2kg syabu bernilai RM500 ribu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis sekali lagi berjaya menahan beberapa ahli sindiket dadah yang menyeludup masuk 7.2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM500,000 ke negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pagi Ahad.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, empat suspek berumur 27 hingga 39 tahun ditahan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dalam dua serbuan berasingan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Kedua-dua suspek pertama ditahan sebaik keluar dari pesawat yang tiba dari Johor di LTAKK pada jam 10.15 pagi.

“Polis merampas dua beg dibawa suspek dan hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat tujuh bungkusan plastik bersaiz besar dipercayai dadah jenis syabu di dalamnya.

“Kesemua dadah seberat 7.2kg yang bernilai RM500 ribu pada harga pasaran tempatan kemudianny­a dirampas untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media di IPK Sabah pada Selasa.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain dan Ketua JSJN Sabah Superinten­dan Mohamed Fadzil Rahman.

Ramli berkata, susulan tangkapan dua suspek pertama pihaknya kemudian menahan dua lagi suspek beberapa jam kemudian di pusat bandar.

Hasil siasatan mendapati bekalan dadah yang dirampas akan diedar dan digunakan untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, kejayaan tangkapan sindiket dadah kali ini adalah rampasan kedua terbesar tahun ini selepas kejayaan pertama pada 4 Januari membabitka­n 10 paket syabu bernilai RM1 juta dalam bungkusan teh.

“Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang dikehendak­i untuk membantu siasatan dan dikenalpas­ti sebagai Saudi berumur lingkungan 30-an,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan hukuman mandatori sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ramli berkata pihaknya agresif membantera­s najis dadah habis-habisan di negeri ini.

“Tindakan ini menunjukka­n kejayaan apabila JSJN Sabah merekodkan 92 kes rampasan dalam tempoh Januari sehingga 14 Ogos tahun ini berbanding hanya 52 kes dalam tempoh sama pada 2016.

“Kita juga berjaya menangkap seramai 116 individu bagi Seksyen 36B ADB 1952 berbanding hanya 86 bagi 2016.

“Peningkata­n ketara juga dapat dilihat terhadap penahanan mengikut ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) melalui perbanding­an tiga tahun bermula 2015 hanya 22 orang meningkat kepada 24 orang pada 2016 dan dalam tempoh Januari sehingga 14 Ogos 2017 kita berjaya menahan seramai 52 orang,” katanya.

Beliau juga meminta kerjasama daripada masyarakat untuk melaporkan kegiatan dadah kepada pihak polis bagi mengurangk­an kes dadah di Sabah.

 ??  ?? RAMLI (tengah) dan Razarudin (dua kiri) menunjukka­n bungkusan dadah yang berjaya dirampas di LTAKK.
RAMLI (tengah) dan Razarudin (dua kiri) menunjukka­n bungkusan dadah yang berjaya dirampas di LTAKK.
 ??  ?? SAUDI, dikehendak­i polis.
SAUDI, dikehendak­i polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia